Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum...

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, SUDAH PASTI REBAH KE TANAH JUA

Posted by fieza | Posted in | Posted on 7:09 PTG

      Orang yang melakukn kesalhn ataupun kejahatan....sudah pasti tidak akan ke mna....Orang yg Salah tetap Salah...& orang Yg Benar, ssudah psti akn pperolhi kmngn....

Aktiviti-aktiviti yang padat & mantap sblm pghujung akhir Tahun( Sk. Sepagaya Lahad Datu)

Posted by fieza | Posted in | Posted on 8:43 PTG



~ Salam. Untuk Kali ini, saya akan mengupdate sedikit sebanyak tentang perjalanan aktiviti di Sk. Sepagaya .Untuk Minggu ini sahaja, terdapat dua aktiviti besar yang telah dijalankan di sekolah saya iaitu yang pertama Majlis Penutupan Kem Bestari Solat anjuran Panitia Agama Islam pada hari Jumaat bersamaan 27/9/2013 serta Perkhemahan Perdana Unit Beruniform  yang berlangsung pada 27-29/9/2013  . Alhmdulillah segalanya berjalan lancar. Di bawah ini, saya akan sertakan gambar-gambar sepanjang program yang telah dilaksanakan di Sk. Sepagaya .~















~ Dari Dunia Belajar Ke Dunia Pekerjaan ~

Posted by fieza | Posted in | Posted on 11:00 PTG









Alhamdullah, selepas habis sahaja menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, dalam bidang Pengajian Islam Al-Quran & Al-Sunnah tahassus Tafsir Selama 3 Tahun, bermula sesi 2008 sehinggalah tahun 2011, saya terus menumpukan kepada dunia kerja saya. Alhamdullah sekali lagi saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan rahmatnya saya telah ditawarkan bekerja menjadi Pegawai Sambilan ataupun Guru Ganti di SMK PUTRAJAYA PRESINT 14(1). Saya telah di amanahkan untuk mengajar maddah pendidikan Islam bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 2. Banyak Pengalaman yang saya telah perolehi di sana. Bukan setakat teknik atau kaedah pengajaran dan pembelajaran , malah cara bagaimana untuk mentadbir dan menguruskan sekolah juga saya telah perolehi . Walaupun tidaklah terlalu banyak, namun penglaman itu bak kata pepatah adalah " Guru Yang Paling Baik Buat Kita" .

Saya telah mengajar di sana selama enam bulan. Bermula bulan 5 sehinggalah bulan 11 ( 18.11.2011) yang menjadi tarikh terpenting saya di sekolah itu. Dalam tempoh saya mengajar di situ kebetulan ada pelajar praktikal daripada beberapa buah universiti yang berpraktikal di situ. Terasa seronok sangat mendapat kawan2 yang baru seperti zaman praktikal saya di ILIM. Antaranya Kak Mar Lynn, Kak Suraya Baadin, Dan Kak Nur Deeba. Mereka ini datangnya daripada Upsi Tanjung Malim.Selain itu dua orang cikgu muda lelaki tidak ketinggalan iaitu Cikgu Bakri Marfy( Seorang Model Rupa-rupanya" Pemenang Lelaki Kacak Bergaya 2010" dan cikgu Zaidy atau GX EDDY bak kata dalam nama fb dia. Kemudian muncul pula Nur Syazana guru ganti baru di situ juga menggantikan cikgu yang bersalin. Kami semua memang kamching. Susah senang bersama. Tidak ketinggalan pula seorang lagi cikgu lelaki merangkap guru ganti di situ iaitu cikgu Aizat yang mengajar subjek B.i.
Kenangan yang paling indah ialah semasa hari guru. Kami semua telah berpakat untuk membuat persembahan khas daripada guru2 Praktikal dan ganti. Kami semua telah menyanyikan beberapa buah lagu khas dengan diiringi music live daripada para pelajar kami. Lagu yang paling saya suka ialah Gerimis Mengundang yang mana saya sendiri telah menyanyikan lagu itu secara solo. Begitulah kenangan yang saya alami.


Daripada Opsyen Perguruan saya telah bertukar kepada penjawat awam sebagai PSH , pekerja sambilan harian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Alhamdullah walaupun hanya sementara bersyukurah ada rezeki yang datang. Biarlah kita mula dari bawah. Bak Kata pepatah "Bersusah-susah dahulu, barulah senang kemudian". Tempoh kali ni tiga bulan sahaja, dan akan dilanjutkan lagi selama 6 bulan sekiranya diperlukan. Namun sebenarnya dalam masa yang sama saya menantikan keputusan kpli JAQAF yang telah saya alami temuduganya tempoh ari di Hotel Enakment Shah Alam pada 13/11/2011 yang lalu sesi pagi. Semoga saya ada rezeki pula untuk yang ini. Aminnnn. InsyaAllah.

Untuk akhirnya semoga Allah sentiasa memberikan rezeki yang baik sentiasa kepada saya. Semoga segala kesusahan dan kepayahan yang dialami dapat saya tempuhi dengan jayanya insyaAllah. Pergantungan kepada Allah itu yang Utama. Wallahua'lam

mutiara kata

Posted by fieza | Posted in | Posted on 6:08 PTG


*JANGAN IMPIKAN SUAMI SEHEBAT RASULLAH S.A.W JIKA DIRI

TIDAK SEANGGUN SAIDATINA KHADIJAH

*SESIAPA YANG MENINGGALKAN CINTA DUNIA YANG BERLEBIHAN

AKAN DIKURNIAKAN CINTA AKHIRAT YANG HAKIKI

*PANDANGAN MATA SELALU MENIPU , PANDANGAN AKAL SELALU TERSALAH , PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU , PANDANGAN HATI ITU YANG HAKIKI , JIKA LAHIRNYA DARI IMAN DAN TAQWA .

*ILMU ADALAH HARTA KEPADA SI MISKIN , ADALAH KEHORMATAN

BAGI SI KAYA , ADALAH KENANGAN DI HARI TUA .

*USAHA + TAWAKKAL + DOA = KEJAYAAN DAN KEREDHAAN ALLAH

*BERPIJAK DI ATAS BUMI NYATA , BAGAI MENITI JAMBATAN BARA . OLEH ITU , PILIHLAH JALAN YANG LURUS DAN BENAR AGAR KITA MENCAPAI KESEMPURNAAN DAN KEBAHAGIAAN HIDUP .

*DI MANA ADA KEMAHUAN , DI SITU ADA JALAN , DI MANA ADA

KEMENANGAN , DI SITU ADA KECEMERLANGAN

oJADIKAN KEYAKINAN SEBAGAI PEGANGAN HIDUP , DORONGAN

SEBAGAI TEMAN SETIA , PUTUS ASA DIJADIKAN MUSUH DURJANA ,

DAN JADIKAN TEKUN DAN USAHA SEBAGAI TANGGA KEJAYAAN .


*YANG DI ATAS ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA YANG DI BAWAH , TETAPI APABILA SUDAH BERADA DI ATAS , JANGANLAH DILUPAI YANG DI BAWAH KERANA DI BAWAHLAH PUNCANYA DI ATAS .

*SEBAIK – BAIK SAHABAT ITU IALAH ORANG YANG TIDAK PERNAH

BERUBAH KEBAIKANNYA , MESKIPUN ZAMAN TERUS BERUBAH .

*CARILAH ILMU KERANA APABILA KAMU KUFUR MAKA ILMU
ITULAH HARTAMU DAN BILA KAMU KAYA , ILMU ITU MENJADI
PERHIASAN DIRIMU .

*BERIMAN DAN BERILMU SUMBERNYA IALAH ILMU . ILMU

DIPEROLEHI DENGAN BELAJAR . TIDAK ADA IMAN KALAU TIDAK ADA AMAL , DAN TIDAK ADA PULA AMAL KALAU TIDAK IKHLAS - HUKAMA’-

*BARANGSIAPA YANG TIDAK ADA ADAB , BERERTI DIA TIDAK ADA

ILMU . BARANGSIAPA YANG TIDAK ADA KESABARAN , BERERTI

DIA TIDAK ADA AGAMA . DAN BARANGSIAPA YANG TIDAK ADA SIFAT WARAK , BERERTI DIA TIDAK DEKAT DENGAN TUHANNYA - HASAN BASRI -

*GELAP ITU ADA LIMA PERKARA . GELAP HARI KERANA MALAM ;

GELAP MATA KERANA BUTA ; GELAP OTAK KERANA TIDAK

BERILMU ; GELAP HATI KERANA TIDAK BERAGAMA ; DAN GELAP

KEHIDUPAN KERANA LEMAH EKONOMI .

*ILMU ITU ADALAH SEBAIK – BAIK PUSAKA - ALI BIN ABI TALIB

*ADA EMPAT TANDA – TANDA ORANG YANG BERAKAL : CINTA

PADA ILMU , TIDAK BERUBAH MUKANYA WAKTU MENERIMA

UMPAT DAN PUJI , BAGUS JAWAPAN DAN BANYAK BENARNYA .

- CENDEKIAWAN -

*ORANG YANG BERBUDI PEKERTI MULIA DAN BERILMU ITU JERNIH MUKANYA ; LAPANG DADANYA ; DAN SUCI HATINYA DAN LEMAH LEMBUT PERKATAANNYA DAN BAIK SEGALA PERBUATANNYA - HUKAMA’ -

*EMPAT TANDA KESEMPURNAAN : ILMU DENGAN MANFAAT ,

AGAMA DENGAN TAQWA , AMAL DENGAN NIAT SERTA

KEMULIAAN DENGAN KELEBIHAN . - ZAHID -

*ORANG YANG BERILMU ITU SELALU MENANG DALAM

PERGAULAN KERANA DIA MEMBIASAKAN SENYUM
APABILA DICACI , LEMAH LEMBUT BILA DIHINA , DIAM
BILA DIMARAHI DAN MEMBALAS KEBAIKAN BILA ORANG

BERBUAT KEJAHATAN .

*TUJUAN PENDIDIKAN YANG PALING TINGGI BUKANLAH

PENGETAHUANNYA TETAPI TINGKAHLAKU ATAU

PERBUATANNYA , ERTINYA MEMPRAKTIKKAN ILMU

PENGETAHUAN YANG B DIPELAJARINYA - ABDUL ISLAMI -

*APABILA MENINGGAL DUNIA SEORANG MANUSIA , MAKA

PUTUSLAH AMALNYA KECUALI IGA PERKARA IAITU ILMU

YANG BERMANFAAT , ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN

DAN SEDEKAH JARIAH IAITU HARTA YANG DIWAKAFKAN .

- HADIS -

*BARANGSIAPA YANG MATI DALAM MENUNTUT ILMU

BERTUJUAN UNTUK MENGHIDUPKAN ISLAM , MAKA

ANTARA DIA DAN PARA NABI ADALAH SATU DARJAT

DALAM SYURGA - HADIS -

*BARANGSIAPA YANG MENUNTUT ILMU , BERERTI DIA
MENCARI SYURGA . DAN BARANGSIAPA YANG BERBUAT
DOSA , BERERTI DIA MENCARI NERAKA - SAIDINA ALI -

*ILMU DAN KEPANDAIAN ITU ADALAH SAHABAT YANG

SETIA DALAM HIDUP SAMPAI KE PENGHUJUNG UMUR KITA

.

oILMU ITU WARISAN NABI – NABI , SEDANGKAN HARTA

ADALAH WARISAN QARUN , SYIDAD DAN FIR’AUN .

*ILMU AKAN MENJAGA PEMILIK ILMU , SEDANGKAN HARTA

MINTA DIJAGA.

*ORANG YANG BERILMU DISEBUT KARIM ( MULIA )

SEDANGKAN ORANG YANG BERHARTA DISBUT BAKHIL .

*HARTA AKAN ROSAK DITELAN ZAMAN SEDANGKAN ILMU

TETAP KEKAL UTUH .

*ORANG BERHARTA AKAN LUPA MENGAKU ALLAH TETAPI

ORANG YANG BERILMU AKAN INGAT DAN MENGAKU

SEBAGAI HAMBA ALLAH .

*HARTA BOLEH DICURI SEDANGKAN ILMU TIDAK BOLEH

DICURI .

*ORANG YANG BERHARTA AKAN DIHISAB SEDANGKAN

ORANG YANG BERILMU MENDAPAT SYAFAAT .

*INSAN YANG BERILMU RAMAI KAWANNYA SEDANGKAN

ORANG YANG BERHARTA BANYAK MUSUHNYA .

*SECARA SEMULAJADI SEMUA MANUSIA ITU SAMA , TAPI
PALAJARANLAH YANG MENJADIKAN MEREKA CUKUP
BERBEZA
- BIDALAN CINA -

*KEJAYAAN CEMERLANG ITU MEMBAHAGIAKAN . SAMPAI

BILAKAH ANDA SANGGUP BERDUKACITA ?

TIPS KESIHATAN.........

Posted by fieza | Posted in | Posted on 6:43 PTG






Mengatasi Stress


Stress adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan -tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar misalnya surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, @ hubungan dengan pasangan , atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stress sering kali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
Antara Teknik atasi stress yang sihat antaranya :
  • Tidur Sejenak

_ tidur selama 30 minit-45 minit akan menyegarkan tubuh kembali.

  • Pengurutan

- Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot, leher dan bahu anda.

  • Mengekspresikan diri secara artistik

- Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar acting, memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi @, menyanyi. Muzik adalah media pereda stress yang sangat baik.

  • Kerap Ketawa

- Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan di wajah anda.

Selamat Mencuba.....(^.^)

Di Sebalik Dua Mata...

Posted by fieza | Posted in | Posted on 6:57 PG


Allah mengurniakan semua manusia dengan dua mata. Mata adalah antara nikmat jasadiah yg terbesar, juga merupakan lubang dugaan yang paling hebat bagi insan. Dengan mata, manusia mampu melihat, sekali gus menjana akalnya untuk berfikir pelbagai perkara.

Namun dengan mata juga, manusia mudah bermaksiat dan akhirnya dari apa yang dilihat , akalnya berfikir pelbagai perkara yang merosakkan. Di samping dua mata yang Allah s.w.t berikan kepada manusia, saya terfikir akan " dua mata " lagi yang manusia hakikatnya perlu wujudkan dalam diri mereka. Satu mata yang melihat masa belakang. Satu lagi mata yang melihat masa hadapan.

( Mata melihat masa Belakang: Muhasabah )

Kelemahan manusia antaranya adalah membuat kesilapan yang sama berulang-ulang . Dengan mengulangi kesilapan yang sama, peningkatan manusia dalam hidupnya akan terganggu. Manusia yang baik, adalah manusia yang tidak mengulangi kesilapannya. Sebab itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Seseorang mukmin itu tidak akan disengat kala pada lubang yang sama sebanyak dua kali".

Di sini perlunya kita, sebagai seorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t , dan menjalani kehidupan dengan baik, hidup dalam ketaatan, sekali gus menggapai redha-Nya, perlu mempunyai" Mata Melihat Masa Belakang." Dengan mata ini, kita bermuhasabah dan merenung salah silap kita. Ramai manusia mengingati kelebihannya, kebaikannya dan kegemilangannya. Namun amat sedikit yang mengingati kekurangannya, kejahatnnya dan kerendahannya.

(Mata Melihat masa hadapan : Merancang )


Satu lagi kelemahan manusia adalah tidak mempunyai perancangan . Hidupnya tidak dirancang, pengurusan dirinya tidak dirancang, keluarganya tidak dirancang, pekerjaannya tidak dirancang , tarbiyah anak-anaknya tidak dirancang, pelajarannya tidak dirancang dan begitulah dalam kebanyakan sisi kehidupannya.

Apakah perbezaan manusia yang merancang dengan yang tidak merancang ?

Manusia yang merancang akan bersedia. Persediaan adalah pakej perancangan . Jangan samakan merancang dengan harapan , atau sembang kemas, atau cakap omong kosong. Merancang bermakna punya plan, & strategik .
Apabila kita telah bersedia , dan tidak mendapat apa yang kita rancang, sekurang-kurangya persediaan kita tadi punya makna pada medan lain. Contoh mudah : " Kita rancang hendak berkahwin dengan si Fulanah Binti Fulan. Maka kita akan mula megumpul wang.
Sampai pada masanya, si fulanah tidak mahu berkahwin dengan kita. Apa yang kita rancang tidak berjaya. Tetapi duit tadi, masih ada. Dan duit itu boleh jadi bermakna di medan lain pula. Kegagalan satu perancangan , bukan penamat pada kehidupan. Begitulah juga dalam menjadi hamba Allah s.w.t.

Apakah perancangan kita? Di mana strategik kita hendak menggapai redha-Nya?? Apakah jalan yang kita hendak ambil ? Pernahkah anda merancang ? Allah.s.w.t juga menggalakkan perancangan .




" Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap kalian memerhatikan apa yang telah dia sediakan untuk hari esok....." Surah a l- Hasyr : 18


(Sedar Sebelum Terlambat)


Muhasabah dan perancangan adalah amat penting. Saya mulakan dengan muhasabah , kerana saya melihat tidak guna merancang sesuatu yang akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa lalu. Bersama manusia ada masa. Masa ini tidak akan dapat dikembalikan.

Bagi yang tidak bermuhasabah diri, dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama, maka dia telah kehilangan masa-masanya yang berharga. Bagi yang tidak merancang dan kehidupannya terabur, tunggang-langgang, dia juga telah kehilangan masa-masanya yang berharga . Inilah dia kerugiaan . Sebab itu Allah s.w.t berfirman :

" Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugiaan ". ( Surah al-Asr : 1-2 )



Dan lebih merugikan, apabila kita tidak bermuhasabah, kita mengulangi kesilapan kita yang sama, dan mewariskan pula kesilapan itu pada anak-anak kita , pada keturunan, pada sahabat-sahabat kita, dan manusia di sekeliling kita . Lebih merugikan kerana kita tidak merancang, keluarga kita rosak, pelajaran kita terbengkalai, dan diri kita terhumban ke dalam kerosakan . Inilah kerugian yang nyata.

Bukankah dunia ini ladang akhirat? Di sini kita menanam, di sana kita menuai? Maka rugi rugi di sini , maka di akhirat sana juga menanti hasilan kerugiannya. Bagaimana ? Hendak mewujudkan dua mata ini dalam kehidupan? Atau memilih untuk tidak melakukan apa-apa peningkatan? Semuanya di tangan anda. Tiada paksaan . Namun telah jelas mana yang akan mencapai kegemilangan, atau yang mana akan mengucup kehancuran.

~Aku Ingin Menggembirakan Setiap Orang...~

Posted by fieza | Posted in | Posted on 9:15 PG


Bagaimana Cara Untuk Menggembirakan Orang???
Ayuh !!! Ikutilah beberapa tips di bawah ini. Insya Allah berjaya...=)
a) Mestilah dengan wajah yang selalu cerah dan ceria.
* Rasulullah sentiasa berwajah ceria, baginda pernah bersabda :" Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesyugulan hati. Hiburkanlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksakan memikul bebanan-bebanan yang berat, ia akan menjadi buta ".
b) Senyuman Yang Tulus :
* Rasulullah sentiasa tersenyum manis sekali dan ini sangat menyenangkan bagi siapa pun yang menatapnya. Senyuman adalah sedekah, senyuman yang tulus sebenarnya mempunyai daya sentuh yang dalam ke lubuk hati siapa pun, senyuman adalah nikmat Allah s.w.t yang besar bagi manusia yang mencintai kebaikan. Senyuman tidak dimiliki oleh orang-orang yang keji, sombong, angkuh, dan orang yang busuk hati.
c) Kata-kata Yang Santun Dan Lembut :
*Pilihlah kata-kata yang paling sopan dan sampaikan dengan cara yang lembut, kerana sikap seperti itulah yang dilakukan Rasulullah ketika berbincang dengan para sahabatnya, sehingga terciptalah suasana yang menyenangkan . Hindari kata yang kasar, menyakitkan, merendahkan, mempermalukan, serta hindari pula nada suara yang keras dan berlebihan.
d) Senang Menyapa & Mengucapkan Salam :
* Usahakanlah anda selalu menjadi orang yang paling dahulu menyapa dan mengucapkan salam. Jabatlah tangan kawan anda penuh dengan kehangatan dan lepaslah tangan sesudah dilepaskan oleh orang lain, kerana demikianlah yang dicontohkan Rasulullah . Jangan lupa untuk menjawab salam dengan sempurna dan penuh perhatian
e) Bersikap Sopan & Penuh Penghormatan:
* Jika Rasulullah berbincang dengan para sahabatnya , baginda berusaha menghormati mereka dengan cara duduk yang penuh perhatian, ikut tersenyum jika sahabatnya melucu, dan ikut merasa takjub ketika sahabatnya mengisahkan hal yang mempesona sehingga setiap orang merasa dirinya sangat diutamakan oleh Rasulullah.
f) Senangkan Perasaannya :
* Pujilah dengan tulus ikhlas dan tepat terhadap sesuatu yang layak dipuji sambil anda kaitkan dengan kebesaran Allah sehingga yang dipuji pun teringat akan sumber nikmat yang didapatnya, sampaikan ucapan terima kasih dan jangan lupa mendoakan dia. Hal ini akan membuatnya merasa bahagia. Dan ingtlah, jangan sekali-kali bakhil untuk berterima kasih.
g) Penampilan Yang Menyenangkan :
* Gunakanlah pakaian yang rapi, kemas, dan harum. Menggunakan pakaian yang baik bukanlah tanda kesombongan, Allah s.w.t Maha Indah dan menyukai keindahan, tentu sahaja dalam batas yang sesuai syariat yang disukai Allah.
h) Maafkan Kesalahannya :
* Jadilah pemaaf yang berlapang dada dan ikhlas terhadap kekurangan dan kesalahan orang lain kepada anda , kerana hal ini akan membuat bahagia dan senang siapa pun yang pernah melakukan kesilapan terhadap anda, dan tentu hal ini akan menaikkan imej anda di hatinya.
Begitulah beberapa tips yang Rasulullah sendiri telah berikan contoh kepada kita sebagai umat Islam untuk mengikutinya & mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita insya Allah. Semoga dari apa yang di coretkan dan dikongsi ini harap dapat diambil isi2 penting di dalamnya agar sama2 kita melaksanakannya dan memperbaiki lagi segala kekurangan dan kelemahan yang ada. Semoga ukhuwah yang sudah terbina & ingin dibina dapat dikukuhkan lagi dengan hikmah -hikmah dan qudwatul hasanah yang diberikan oleh pimpinan besar & idola kita Nabi Muhammad s.a.w Rasul Ambiya'. Insya Allah . Syukran. ^.^

Sahabat Handai...(Ukhuwah Mahabbah)

Create your own banner at mybannermaker.com!