Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum...

~Aku Ingin Menggembirakan Setiap Orang...~

Posted by fieza | Posted in | Posted on 9:15 PG


Bagaimana Cara Untuk Menggembirakan Orang???
Ayuh !!! Ikutilah beberapa tips di bawah ini. Insya Allah berjaya...=)
a) Mestilah dengan wajah yang selalu cerah dan ceria.
* Rasulullah sentiasa berwajah ceria, baginda pernah bersabda :" Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesyugulan hati. Hiburkanlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksakan memikul bebanan-bebanan yang berat, ia akan menjadi buta ".
b) Senyuman Yang Tulus :
* Rasulullah sentiasa tersenyum manis sekali dan ini sangat menyenangkan bagi siapa pun yang menatapnya. Senyuman adalah sedekah, senyuman yang tulus sebenarnya mempunyai daya sentuh yang dalam ke lubuk hati siapa pun, senyuman adalah nikmat Allah s.w.t yang besar bagi manusia yang mencintai kebaikan. Senyuman tidak dimiliki oleh orang-orang yang keji, sombong, angkuh, dan orang yang busuk hati.
c) Kata-kata Yang Santun Dan Lembut :
*Pilihlah kata-kata yang paling sopan dan sampaikan dengan cara yang lembut, kerana sikap seperti itulah yang dilakukan Rasulullah ketika berbincang dengan para sahabatnya, sehingga terciptalah suasana yang menyenangkan . Hindari kata yang kasar, menyakitkan, merendahkan, mempermalukan, serta hindari pula nada suara yang keras dan berlebihan.
d) Senang Menyapa & Mengucapkan Salam :
* Usahakanlah anda selalu menjadi orang yang paling dahulu menyapa dan mengucapkan salam. Jabatlah tangan kawan anda penuh dengan kehangatan dan lepaslah tangan sesudah dilepaskan oleh orang lain, kerana demikianlah yang dicontohkan Rasulullah . Jangan lupa untuk menjawab salam dengan sempurna dan penuh perhatian
e) Bersikap Sopan & Penuh Penghormatan:
* Jika Rasulullah berbincang dengan para sahabatnya , baginda berusaha menghormati mereka dengan cara duduk yang penuh perhatian, ikut tersenyum jika sahabatnya melucu, dan ikut merasa takjub ketika sahabatnya mengisahkan hal yang mempesona sehingga setiap orang merasa dirinya sangat diutamakan oleh Rasulullah.
f) Senangkan Perasaannya :
* Pujilah dengan tulus ikhlas dan tepat terhadap sesuatu yang layak dipuji sambil anda kaitkan dengan kebesaran Allah sehingga yang dipuji pun teringat akan sumber nikmat yang didapatnya, sampaikan ucapan terima kasih dan jangan lupa mendoakan dia. Hal ini akan membuatnya merasa bahagia. Dan ingtlah, jangan sekali-kali bakhil untuk berterima kasih.
g) Penampilan Yang Menyenangkan :
* Gunakanlah pakaian yang rapi, kemas, dan harum. Menggunakan pakaian yang baik bukanlah tanda kesombongan, Allah s.w.t Maha Indah dan menyukai keindahan, tentu sahaja dalam batas yang sesuai syariat yang disukai Allah.
h) Maafkan Kesalahannya :
* Jadilah pemaaf yang berlapang dada dan ikhlas terhadap kekurangan dan kesalahan orang lain kepada anda , kerana hal ini akan membuat bahagia dan senang siapa pun yang pernah melakukan kesilapan terhadap anda, dan tentu hal ini akan menaikkan imej anda di hatinya.
Begitulah beberapa tips yang Rasulullah sendiri telah berikan contoh kepada kita sebagai umat Islam untuk mengikutinya & mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita insya Allah. Semoga dari apa yang di coretkan dan dikongsi ini harap dapat diambil isi2 penting di dalamnya agar sama2 kita melaksanakannya dan memperbaiki lagi segala kekurangan dan kelemahan yang ada. Semoga ukhuwah yang sudah terbina & ingin dibina dapat dikukuhkan lagi dengan hikmah -hikmah dan qudwatul hasanah yang diberikan oleh pimpinan besar & idola kita Nabi Muhammad s.a.w Rasul Ambiya'. Insya Allah . Syukran. ^.^

~Himpunan Mutiara Kata~

Posted by fieza | Posted in | Posted on 11:29 PG





Himpunan Mutiara Kata. Sekadar Renungan...


*Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah... Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t.... Agar tunduk disaat yang lain angkuh... Agar teguh disaat yang lain runtuh... Agar tegar disaat yang lain terlempar...



.."apabila kamu teringat akan seseorang,banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,banyakkanlah SELAWAT..apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang,banyakkanlah SOLAT DHUHA..apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,banyakkanlah TAHJUD..dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu@syaitan,hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'.."




*Sabda Rasulullah "Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya" [HR Abu Dawud, disahihkan albani]




*Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya. Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya. Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal



ini, cukuplah neraka baginya.




*Banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita,tetapi berapa kali kita bersyukur kepada Allah??tepuk dada tanya iman...



* whai seorg kekasih tlh lma kau drindui,pilu sdih dlm krinduan mnangis pn x brair mta,nmun hti ttp gmbira syafaatmu mnanti dsana,sungguh tbhnya htimu menanggung drita yg mlanda,biarpn perit pdih trsiksa krn ummat kau tmpuhi jua.whai rasul kaulh sglanya cth trbaik ummat akhir zman,akhlakmu tinggi kn kmi jejaki,sifatmu smpurna plengkap pribadi,whai rasul kmi mrindui snaran wjhmu mndamaikn jiwa,mnis snyumanmu pnwar hiba dhti kmi kaulah sglanya.mri brsma kta hyati sirah prjuangn baginda.salam maulidurrasul,prbnykknlh selawat..




* Tazkirah hari Ini: KEUNTUNGAN JUJUR DAN BAHAYANYA DUSTA Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Nabi saw. bersabda: Sesungguhnya benar (jujur) itu menuntun kepada kebaikan, dan kebaikan itu menuntun ke surga, dan seorang itu berlaku benar sehingga tercatat di sisi Allah seorang siddiq (yang sangat jujur benar). Dan dusta menuntun kepada berbuat curang, dan kecurangan itu menuntun ke dalam neraka. Dan seorang itu berdusta sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta. (Bukhari, Muslim).



* mensyukuri setiap nikmat yang diberikan adalah lebih baik dari membanding2kan diri dengan orang lain..alhamdulillah...




*Melangkah itu mudah,namun mencari arah itu terkadang payah. Mencari jalan itu mudah,namun memahami destinasi itu yg susah. Menyusuri susur itu mudah,namun menuju noktah itu mendtgkan lelah... Dalam semua ini... Menjaga istiqamah itu plg susah dn payah. Mudh2an perjalanan sentiasa dalam lindungan dan penjagaanNya... Ya Allah,redhailah aku dgn ketetapanMu,dan berkatilah apa yg telah ditetapkan kpdku,sehingga aku tidak perlu terburu dgn apa yang Engkau tangguhkan dan takkan tertunda sesuatu yg sudah sampai masanya... Salam Imtihan. Kullu `am wa antum bikhair



* benteng yg paling kuat adalah wanita solehah..sikap redha dan menerima apa sahaja seadanya (qanaah) adalah suatu perbendaharaan yg tak kunjung habis..



*tenaga yang kuat diatas muka bumi adalah kasih sayang..




* "don't try to have thing that you love..but...try to love thing what you have."..




* Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih,bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang,Tapi...bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah s.w.t...




*belajarlah menghargai insan disekeliling kita..jangan sesekali membenci walau seorang dari mereka..kelak kamu akan memerlukan orang yang dibenci itu disaat kamu kesusahan...




* apabila segalanya semakin hilang,ingatlah bahawa masa depan masih ada..






*hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya...






*Andai tidak boleh menjadi cemara di puncak bukit jadilah danau yang paling indah di hujung belukar jika tak bisa menjadi pohon rendang tempat berteduh jadilah perdu yang kukuh untuk berpaut...



<.div>
~ Sekian Buat Renungan and Pedoman Kita Bersama ~










































Sahabat Handai...(Ukhuwah Mahabbah)

Create your own banner at mybannermaker.com!