Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum...

Percutian Di Tiara Beach Resort Port Dickson Ngeri 9.

Posted by fieza | Posted in , | Posted on 11:27 PTG











Salam percutian ...!
Bersua kembali kita .Okay, kali ini sya tak nak bercakap secara formal just non-formal, he2 simple2 je.Okay baru-baru ini saya, abang saya, kakak ipar saya, adik saya n anak buah saya pergi bercuti ke Tiara Beach Resort PD ngeri 9 selama 1 hari 1 malam sahaja.Walaupun percutian kami sekejap sahaja namun saya merasa ia suatu kenangan yang cukup manis buat saya khususnya. Sebenarnya ia suatu kebetulan sahaja. Sebab apa??? Pada asalnya saya selepas exam sem 1 tahun 2 bru2 nie di Ukm, saya merancang untuk bercuti ke Melaka di Sg . Udang iaitu rumah abang saya. Namun pada suatu malam saya menerima suatu panggilan daripada abang saya yang mana dia mengajak saya, bersama adik saya pergi bercuti ke tempat tersebut.Namun di sebalik itu sebenarnya abang saya ada prgrm @ majlis di bawah syarikat dia (Petronas) sebab itu dapat package percutian ke situ. Apalagi sayapun bersetuju untuk mengikut abang saya ke sana. Kiranya family day jugaklah walaupun adik beradik yang lain serta mak dan abah saya tak ikut.Apapun sambil nak hilangkan demam peperiksaan la kot kiranya nie...he2.Ok.lah sampai sahaja di sana saya cukup tertarik dengan elamen2 dan binaan ,serta rekaan resort tersebut kerana memang sesuai dengan tema family day @ family santai.Gambar-gambar di atas dapat lah memberikan sedikit gambaran betapa seronoknya n meriahnya saya di sana bersama ahli keluarga saya yang lain. Namun maaf yea...cz gambar saya tidak ada di atas. Percutian kami sekeluarga bermula start petang jumaat 13/11/09 sehinggalah 14/11/09 ari sabtu petang .Kemudian kami pun pulang.Okay itu lah sedikit sebanyak coretan @ kenangan yang saya ingin coretkan .Ok insyaAllah nanti kita bertemu lagi okay.Salam Ukhuwah......

Salam Perjuangan Semua...

Posted by fieza | Posted in | Posted on 5:06 PTG


Salam semua.Bertemu kembali kite.=).Erm untuk kali ini ana tidak mahu menceritakan dengan lebih panjang lagi namun pa yg penting ana ingin menceritakan sedikit tentang pengalaman manis suka n gembira serta terharu la jugak ,he2 pada mlm 2 oktober 2009.Boleh dikatakan tragedi oktober, kot bak seperti lagu Awie tue....Jgan main2,ana ni peminat die gak...he2 tapi mase kecik la....ana suke sgt ngn artis nie, n semua lagu2 dia ,tp bile dh melangkah dewasa nie ops remaja tapi memg nk masuk dewasa la gk,he2 ana biase je.Ok lah melalut la pulak,berbalik cerita kite tadi ana telah dijemput ke suatu majlis "Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik " (MAKA) anjuran Isiukm di Kompleks Tun Abdullah Muhammad Salleh @ pelajr2 MAHASISWA/SISWI UKM nie diorang suke paggil 'KTAMS' he2 mcm ketam je,,,,termasuk lah ana .Bukan setakat majlis anugerah je tp serta majlis jamuan raye.Pada malam itu ana telah mendapat sijil penghargaan daripada ISIUKM sempena ana dapat Dekan dlm final exm baru2 ini semasa tahun1 sem 2.Alhamdulillah ana bersyukur kehadrat illahi kerana dgan limpah kurnianyalah ana berjaya memperolehi kejayaan sebegini.Bukan itu sahaja sebenarnya disebalik kejayaan ana ade beberapa insan yg menyokong ana sehingga ana mampu memperolehi result sebegini walaupun tidaklah mencapai tahap 4.00 PNGK.=) tapi ana bersyukur.Terima kasih kepada semua insan2 yg menjadi pendorong n semangat untuk ana terus maju n berjaya kehadapan.
Nak tahu ke insan2 yg bnyak memberi sokongan n dorongan tu...???=) Baiklah,seperti biase mestilah kedua ibu -bapa kite,kemudian adik beradik kite,n sahabat2 kite(istimewa sedikit nie...),n teman2 seperjuangan ana sekalian.Syukran sekali lagi.Namun pe yang penting ana ingin mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada kepimpinan ISIUKM khusus yg bahagian Akademik ni la yg sudi memilih ana untuk dinobatkan sebagai Pelajar cemerlang sesi 09/010 nie.Semoga ana terpilih lagi la yea untuk masa hadapan lak.He2.Ok lah.rsenye sampai sini sahaja coretan ana pada kali ini .Untuk akhirnya ana ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN FINAL EXM TAHUN 2 SEM1 NIE,khusus wat sahat2 AGSO UNITY(JBATN ANA LA....QUR'AN SUNNAH THUN 2) serta seluruh rakan2 n teman 2 mahasiswa /siswi UKM bermula 26/10/09 nie until 11/11/09 bg fak ana ,fak lain tak thu la yea semoga wat yg terbaik n ciptalah sesuatu yg luar biase....
Namun untuk mencapai result yg luar biase itu mesti ngn usaha yg luar biase jugak kan.MAN JADDA WA JADA WA MAN ZARA'A HASODA.Ok.Salam perjuangan semua.....

Usaha tangga kejayaan....

Posted by fieza | Posted in | Posted on 9:06 PG

Alhamdulillah.Akhirnya saya berjaya mencapai impian saya apabila saya dinobatkan juara musabaqah al-quran peringkat negeri dan akan mewakili wilayah persekutuan ke peringkat kebangsaan yang diadakan di negeri sembilan.Apa yang ingin saya berkongsi di sini dengan sahabat2 ialah pengalaman kita bagaimana berdepan dengan peserta 2 yang memang berbakat dan sememangnya memiliki pengalaman yang lebih berbanding kita.Untuk Pengetahuan sahabat2 pertandingan peringkat kebangsaan bagi tilawah al-quran adalah sama tarikhnya dengan pertandingan nasyid yang serentak diadakan di Dewan Sek .Men.Teknik Tuanku Jaafar negeri sembilan .Namun aturcara majlis,musabaqah tilawah al-quran dahulu dimulakan.Pertandingan ini diadakan bersempena Program Ihya' Ramadhan . Antara objektif pertandingan ini adalah :
1) MENINGKATKAN KUALITI UMMAH DI KALANGAN AHLI DALAM MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN DENGAN MEMPERTAJAMKAN KEBOLEHAN MEMBACA AL-QURAN BERDASARKAN DISIPLIN DAN ADAB BACAAN (QIRAAT) YANG BETUL DAN TEPAT
&
2)MEMASTIKAN UMAT ISLAM KHUSUSNYA GENERASI MUDA MEMPERAKUI KEBENARAN DAN HAK AGAMA DENGAN MEMAHAMI KANDUNGAN DAN AJARAN YANG TERDAPAT DI DALAM KITAB SUCI AL-QURAN
Namun Allah telah menetapkan bahawa saya akan mengalami kekalahan pada peringkat kebangsaan tersebut.Walaupun begitu saya tetap bersyukur kerana di beri peluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi,peserta2 dari qari dan qariah yang sememangnya memang berbakat ,dan ada yang pernah menjadi juara peringkat kebangsaan sebelum ini.Bukan itu sahaja malah saya dapat berkenalan atau berkawan dengan peserta yang ,mana pernah memasuki program realiti tv yang terkenal dalam akademik al-quran antaranya:Faizah Panut,dll dan Merupakan pelajar um sekarang.Bukan itu sahaja para hakimnya pun dikalangan ahli 2 panel hakim yang memang cukup terkenal seperti juri2 diperingkat akademik al-quran sendiri.Walaupun begitu saya tetap bersyukur dengan apa yang saya perolehi kerana pengalamn itu merupakan guru yang paling mujarab buat diri kita.Amin.........

Hari Raye....

Posted by fieza | Posted in | Posted on 8:50 PG



Selamat hari rye Maaf Zahir Dan Batin..........
Beginilah aksi kami sekeluarga di petang hari rye 1 syawal.Time ni,kami sekeluarga beraya di rumah sedara .Selepas itu kami terus menuju ke rumah guru-guru kesayangan kami lak bersama family tercinta.

SIAPAKAH HAMKA???

Posted by fieza | Posted in | Posted on 8:09 PTG

SIAPAKAH HAMKA ???

NAMA SEBENAR: HAJI ABDUL MALIK KARIM AMRULLAH
•NAMA SAMARAN: HAMKA, A.S HAMID, INDRA MAHA DAN ABU ZAKI
•TARIKH LAHIR: 17 FEBRUARI 1908 BERSAMAAN 14 MUHARRAM 1326H
•PUTERA KEPADA SHEIKH ABDUL KARIM BIN AMRULLAH DAN SITI SAFIYAH
•STATUS: BERKAHWIN DENGAN SITI RAHMAH (mempunyai 10 orang anak) & SITI KHADIJAH (setelah isteri pertama meninggal)
•MENINGGAL DUNIA PADA 24 JULAI 1981
•SEORANG PENDAKWAH, CENDIKIAWAN, SASTERAWAN, AHLI POLITIK


PENDIDIKAN


*MENDAPAT PENDIDIKAN RENDAH DI SEKOLAH DASAR MANINJAU SEHINGGA DARJAH DUA
*PADA USIA 10 TAHUN MEMPELAJARI AGAMA DAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH THAWALIB( DIASASKAN BAPANYA)
*MENGIKUTI PENGAJARAN AGAMA DI SURAU DAN MASJID YANG DIBERIKAN ULAMA TERKENAL SEPERTI SYEIKH IBRAHIM MUSA, SYEIKH AHMAD RASYID, SUTAN MANSUR, R.M. SURJOPARONTO DAN KI BAGUS HADIKUSUMO.
*PADA TAHUN 1924 BERANGKAT KE YOGA MEMPELAJARI PERGERAKAN ISLAM
*SANGAT MAHIR BERBAHASA ARAB
*BERKEBOLEHAN DALAM BIDANG FALSAFAH, SASTERA, SEJARAH,SOSIOLOGI DAN POLITIK
*MENUBUHKAN UNIVERSITI MUHAMMADIYAH PROF. DR. HAMKA (UHAMKA) PADA 18 NOVEMBER 1957


KERJAYA


*MULA BEKERJA SEBAGAI GURU AGAMA PADA TAHUN 1927 DI PERKEBUNAN TEBING TINGGI, MEDAN DAN GURU AGAMA DI PADANGPANJANG PADA TAHUN 1929.
*1957-1958 =DILANTIK SEBAGAI DEKAN DI UNIVERSITAS ISLAM, JAKARTA DAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH, PADANG PANJANG
*REKTOR PERGURUAN TINGGI ISLAM, JAKARTA DAN PROFESOR UNIVERSITAS MUSTOPO, JAKARTA
*1951-1960=PEGAWAI TINGGI AGAMA OLEH MENTERI AGAMA INDONESIA, TETAPI MELETAKKAN JAWATAN ITU KETIKA SUKARNO MENYURUHNYA MEMILIH ANTARA MENJADI PEGAWAI NEGERI ATAU BERGIAT DALAM POLITIK MAJLIS SYURA MUSLIMIN INDONESIA (MASYUMI).


HAMKA- DAKWAH


MULA BERGIAT AKTIF PADA 1925
•1928- MENGETUAI CAWANGAN MUHAMMADIYAH DI PADANG PANJANG.
•1929- MENUBUHKAN PUSAT LATIHAN PENDAKWAH MUHAMMADIYAH
•1931-MENJADI KONSUL MUHAMMADIYAH DI MAKASSAR
•1946- MENJADI KETUA MAJLIS PIMPINAN MUHAMMADIYAH DI SUMATERA BARAT OLEH KONFERENSI MUHAMMADIYAH, MENGGANTIKAN S.Y. SUTAN MANGKUTO
•1953-HAMKA DIPILIH SEBAGAI PENASIHAT PIMPINAN PUSAT MUHAMMADIAH


HAMKA -POLITIK


•BERMULA PADA TAHUN 1925 KETIKA BELIAU MENJADI ANGGOTA PARTI POLITIK SAREKAT ISLAM
•1945-BELIAU MEMBANTU MENENTANG USAHA KEMBALINYA PENJAJAH BELANDA KE INDONESIA MELALUI PIDATO DAN MENYERTAI KEGIATAN GERILYA DI DALAM HUTAN DI MEDAN.
•1947-HAMKA DIANGKAT MENJADI KETUA BARISAN PERTAHANAN NASIONAL, INDONESIA. BELIAU MENJADI AHLI MAJLIS TERTINGGI MASYUMI DAN MENJADI PEMIDATO UTAMA DALAM PILIHAN RAYA UMUM 1955.
•1960-MASYUMI KEMUDIANNYA DIHARAMKAN OLEH PEMERINTAH INDONESIA .
•1964 HINGGA 1966-HAMKA DIPENJARA OLEH PRESIDEN SUKARNO KERANA DITUDUH PRO-MALAYSIA


HAMKA- PENULISAN


•SEJAK 1920-an HAMKA MENJADI WARTAWAN BEBERAPA BUAH AKHBAR SEPERTI PELITA ANDALAS, SERUAN ISLAM, BINTANG ISLAM DAN SERUAN MUHAMMADIYAH. PADA TAHUN 1928, BELIAU MENJADI EDITOR MAJALAH KEMAJUAN MASYARAKAT. PADA TAHUN 1932, BELIAU MENJADI EDITOR DAN MENERBITKAN MAJALAH AL-MAHDI DI MAKASAR. HAMKA JUGA PERNAH MENJADI EDITOR MAJALAH PEDOMAN MASYARAKAT, PANJI MASYARAKAT DAN GEMA ISLAM.
•MULA MENULIS PADA TAHUN 1925 - KARYA PERTAMA “KHATIBUL UMMAH”, MANAKALA NOVEL PERTAMA IALAH “SI SABARIAH”.
•DIKATAKAN TELAH MENULIS SEBANYAK 118 KARYA SEPERTI NOVEL. CERPEN DAN SEBAGAINYA
•TAFSIR AL-AZHAR SEBANYAK 5 JILID MERUPAKAN KARYA TERBESAR BELIAU YANG MULA DITULIS SEMASA DI DALAM PENJARA


HAMKA-ANUGERAH

•HAMKA PERNAH MENERIMA BEBERAPA ANUGERAH PADA PERINGKAT NASIONAL DAN ANTARABANGSA SEPERTI :
•1958-ANUGERAH KEHORMATAN DOCTOR HONORIS CAUSA, UNIVERSITI AL-AZHAR
•1974-DOKTOR HONORIS CAUSA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,
• GELARAN DATUK INDONO DAN PENGERAN WIROGUNO DARI PEMERINTAH INDONESIA

HAMKA- KEPIMPINAN

•BERANI
•PETAH BERKATA-KATA
•FLEKSIBEL
•BERILMU
•MEMPUNYAI PENGARUH
•SUKA MENOLONG
•SEMANGAT JUANG YANG TINGGI
•RENDAH DIRI
•BERTANGGUNGJAWAB
•BERFIKIRAN TERBUKA

KATA-KATA HAMKA......


*KEGAGALAN MESTI BERTEMU, KEKECEWAAN
MESTI ADA! TETAPI KEGAGALAN DAN
KEKECEWAAN ITULAH KITA DAPAT MENGENAL
*DIMANA KEMAMPUAN KITA. KALAU SUDAH
BERKALI-KALI KITA TEMPUH SUATU JALAN,JATUH
JUGA, MENGELAKLAH KE JALAN YANG LAIN,
*TANDANYA ITU BUKAN PEKERJAAN KITA. MATA
PERJUANGAN BUKANLAH SATU SAHAJA! LEBIH BAIK KITA BESAR DI JALAN KITA SENDIRI!


AMIN.........

Keajaiban Al-Qur'an...

Posted by fieza | Posted in | Posted on 11:17 PG



Saya ada terbaca di majalah Mastika berkenaan ceramah Dr Mohd Arip Kasmo dari Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) Bangi yang telah membuat kajian dan telah menemui kunci al-Quran, cukup menarik perhatian saya dan membuatkan saya menyedari akan kebesaran Allah yang telah menciptakan manusia dan alam semesta ini. Di dalam ceramahnya itu, beliau telah menceritakan
bagaimana al-Quran telah mempersonakan ramai cendekiawan barat dan salah seorang darinya ialah ahli falsafah ateis bernama Anthony Flew yang percaya kewujudan Tuhan selepas melihat kehebatan alam semesta dan kajian biologi tentang DNA. Dr Mohd Arip juga menceritakan tentang seorang profesor dalam bidang psikologi dari Amerika Syarikat dan penganut fahaman ateis bernama Muhamad Al-Mahdi percayakan Tuhan melalui kaedah fizik dan kosmologi. Profesor Ibrahim Stokes, seorang profesor geologi yang percayakan Tuhan selepas meminjam al-Quran dari rakannya yang beragama Islam ketika berada di Gunung Rocky. Tetapi mengapa Anthony Flew yang percayakan Tuhan itu wujud tidak masuk Islam? Mengapa Muhamad Al-Mahdi dan Ibrahim Stokes memeluk Islam? Tak ada sesiapa yang boleh menjawap kepada persolan ini.Dr Mohd Arip menceritakan pula bagaimana mukjizat dianugerahkan Allah kepada nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Nabi Musa dengan tongkatnya boleh menjelmakan ular dan membelah lautan. Nabi Isa boleh hidupkan orang mati. Tapi Nabi Muhammad diberikan dua mukjizat iaitu hissi dan mukjizat ma'nawiyy. Mukjizat hissi seperti bulan terbelah dua, air keluar dari celah-celah jari. Mukjizat ini hanya dapat disaksikan oleh mereka yang berada bersama-sama Nabi ketika itu. Tapi Allah juga menganugerahkan kepada Nabi mukjizat teragung iaitu al-Quran yang akan dipelihara dan kekal sampai hari kiamat. Dr Mohd Arip kaitkan pula bagaimana kehebatan al-Quran dengan sains. Bermacam-macam diceritakan termasuk penciptaan alam semesta, asal usul kehidupan organisme, proses kejadian manusia, hujan, lebah, labah-labah, semut dan lautan. Kemudian beliau menerangkan bahawa semua ini sebenarnya sudah di wahyukan Allah dalam al-Quran. Kajilah ayat-ayat Allah yang dibaca. paling penting, perhatikan al-Manzurrah iaitu janji Allah bahawa Allah bersumpah akan menjaga al-Quran sehingga hari kiamat. Hayatilah makna ayat yang dibaca dan carilah kebenaran dalam al-Quran. Mukjizat ini hanya akan dapat kita rasai apabila kita membacanya, hati kita akan menjadi tenang. Sebenarnya beliau mahu kita mengkaji bagaimana alam ini terjadi, apa yang terdapat di angkasaraya, di atas tanah, di dalam laut dan segala yang berlaku di alam maya ini. Beliau ada juga menyertakan bacaan surah al-Isra ayat 88. " Katakanlah sekiranya jin-jin dan manusia dikumpulkan untuk mengadakan sesuatu yang serupa dengan al-Quran ini, tidak akan mampu mereka mengadakanya walaupun mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain ". Kemudian beliau juga mengatakan jika terdengar ada al-Quran palsu jangan risau, Allah telah berjanji, Dia akan jaga. Tak ada orang yang boleh ubah, tiru atau palsukan ". dan beliau mengatakan bahawa ada juga manusia yang menyahut cabaran Allah itu lalu menulis sebuah al-Quran palsu seperti Furqan al-haqq karya Anish Shorrosh, penulis berketurunan Amerika-Palestin.Seterusnya Dr Mohd Arip ada juga mengaitkan bagaimana kehebatan al-Quran dengan sains. Beliau ada membuat pengiraan nilai huruf alif, lam, ha, dal,ya dan dal berdasarkan nilai akibat ( sequential value ) dan nilai gematrikal ( gematrical value ) antara huruf Arab dengan rumi. Mengikut susunan abjab itu alif mempunyai nilai (1), lam (30), ha (8), dal (4), ya (10) dan dal (4). Apabila bilangan nilai itu dicampurkan, jumlahnya ialah 57. Jumlah itu sama dengan bilangan surah al-Hadid iaitu surah ke-57 dalam al-Quran. Adakah ini satu kebetulan? Kemudian beliau mengira pula nilai abjab Arab bagi ayat Hadid sahaja tanpa alih dan lam, jumlahnya ialah 26 dan beliau menunjukkan pula jadual unsur-unsur atom berdasarkan susunan nilai proton. Nilainya ditandakan huruf P26. Nombor atom yang tertera bagi terum ( besi ) ialah P26 dan makna hadid dalam bahasa Arab bermaksud besi. Apakah ini semua adalah kebetulan atau ketetapan Allah?Dr Mohd Arip juga ada menunjukkan simpulan al-Quran yang diibaratkan bagai anak kunci dan mangga. Dimana jika kita fahamkan betul-betul, didalam al-Quran ada 114 surah. Surah yang jumlah ayatnya ganjil, misalnya 13, 27 dan 121 ada 54. Surah yang bilangan ayatnya genap, misalnya 8, 14 dan 110 ada 60. Apabila kita kaji lagi surah genap, misalnya surah ke-4, ke-22 dan ke-68, yang mempunyai ayat ganjil ialah 27. Manakala surah ganjil yang bilangan ayatnya pun ganjil, juga ada 27. Bagi ayat genap pula, surah genap yang jumlah ayatnya adalah genap, ada 30 dan surah ganjil yang bilangan ayatnya pun ganjil, ada 30. Ianya satu padanan yang menakjubkan, bagai kunci dan mangga. Jika salah satu daripada ayat-ayat ini diubah atau dimansuhkan, ia dapat dikesan dengan mudah kerana padanan dan persilangan itu akan hancur. Jadi ini bermakna ayat-ayat atau surah dalam al-Quran tidak boleh diubahsuai oleh manusia! Keasliannya tetap terpelihara seperti anak kunci dan mangganya, jika salah satu diubah atau hilang, maka anak kunci tadi tidak boleh membuka mangga tersebut. Adakah ini juga satu kebetulan?Seterusnya Dr Mohd Arip membuat satu demonstrasi dengan mengunakan Graf Microsoft Excel. Dimana beliau telah memasukan jumlah bilangan ayat-ayat dari 114 surah al-Quran kedalam sel-sel Microsoft Excel. Paksi X mewakili nombor surah, manakala paksi Y ialah jumlah ayat. Susunan yang dimasukkan kedalam graf itu membentuk huruf 'J'. Kemudian satu lagi graf ditunjukan, kali ini susunan 61 surah al-Quran palsu karya Anish Shorrosh. Dengan mengunakan teknik yang sama, graf menunjukan taburan titik ayat dan surah al-Quran palsu ini tidak membentuk apa-apa susunan yang seragam. Seterusnya taburan titik-titik al-Quran pada graf tersebut dicantumkan, lalu terbentuklah huruf alif, lam, lam, ha dan cantuman itu terhenti secara spontan pada titik terakhir, membentuk kalimah 'Allah'. Satu lagi graf disambungkan, kali ini titik-titik yang disambungkan membentuk huruf mim, ha, mim, dal, 'Muhammad'. Adakah ini semua berlaku secara kebetulan juga?Untuk pengetahuan anda semua, Dr Mohd Arip telah melakukan kajian forensik selama tiga (3) bulan mengunakan Microsoft Excel dengan memasukan jumlah setiap ayat dan setiap surah kedalam petak-petak Microsoft Excel tersebut kemudian Microsoft Excel diarahkan membuat graf taburan titik-titik berkenaan dan apabila siap dihubungkan, maka tititk-titik itu akan menghasilkan dua bentuk khat iaitu 'Allah' dan 'Muhammad'. Ini bermakna khat Allah dan Muhammad ini disambung-sambungkan sendiri, bukannya terjadi secara automatik. Apakah yang dimaksudkan bukan secara automatik? Apabila kita hubungkan titik-titik yang mewakili jumlah surah dan bilangan ayat tadi, misalnya untuk mendapatkan huruf alif, hubungkan antara titik-titik yang mewakili surah al-Baqarah (2), al-Imran (3) dan al-Fatihah (1) dan juga al-Baqarah (2), al-A'raaf (7), al-An'am (6), al-Maidah (5) dan al-Fatihah (1). begitu juga dengan huruf-huruf yang lain yang dapat dihasilkan melalui cara yang serupa dengan menghubungkan titik-titik yang tertentu.
Seindah& sewangi AlquranDari penerangan didalam ceramah beliau, menunjukkan bahawa al-Quran memang tidak dapat dipalsukan kerana ianya mempunyai hubung kait kesemua isi kandungannya umpama kunci dan mangga seperti yang di sebutkan tadi. Dan apabila kita selidiki dengan lebih mendalam mengunakan kaedah moden sekarang ini, samaada dari pengiraan matematik ataupun penyelidikan sains ianya tetap tidak berubah. Begitu banyak rahsia yang tersembunyi yang tidak kita ketahui akan keistimewaan dan kelebihan al-Quran. Di dalam al-Quran itu sendiri tersembunyi pelbagai rahsia sains, teknologi, matematik, perubatan dan sebagainya yang belum diketahui oleh manusia dan perlu dikaji untuk mengetahuinya.Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan masih ragu-ragu berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi sendiri Dr Mohd Arip Kasmo melalui email : arip@pkrisc.cc.ukm.my atau telefon 03-89216918 ( Pusat Pengajian Umum, UKM ) dan H/P : 017-3164928.Penghayatan Sains Dalam al-Quran tadi adalah hasil tesis sarjana kedoktoran Ph.D Dr Mohd Arip Kasmo pada tahun 2000. Modul ini telah di anugerahkan pingat emas oleh UKM pada tahun 2005. Beliau pernah mengikuti pengajian di Blackpool College of Science and Art Blackpool, Lanchashire dan University College of Swansea, Wales. ( Mastika Julai 2007 )
*dipetik daripada:-http://interbiznetworking.blogspot.com

HARAPAN MAHASISWI....

Posted by fieza | Posted in | Posted on 4:15 PG


Salam sejahtera,hari ini ana ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang pemilihan ana dengan sahabat2 dalam LATIHAN AMALI INDUSTRI (LAI) InsyaALLAH akan dijalankan pada semester yang ke- 4 tahun 2 ..Setakat ini alhamdulillah tempat kami sudah state kan iaitu di ILIM(INSTITUSI LATIHAN ISLAM MALAYSIA)DI BANGI.
1)Kenapa saya memilih di ILIM???
*Saya memang sudah lama berhajat untuk membuat latihan di tempat tersebut(ILIM) memandangkan tempat yg begitu strategik,tidak terlalu jauh daripada ukm dan ade keistimewaan tersendiri.
2)Ada yang bertanya kenapa tidak mahu menjalani latihan berdekatan dengan rumah @ kampung sendiri???
*Baiklah saya menjawab, walaupun terdapat tempat praktikal (LAI)berdekatan sahaja dengan rumah ana,(SABAK BERNAM SEPERTI ILDAS,JABATAN AGAMA ISLAM SABAK BERNAM,PUSAT KEBAJIKAN DAN LAIN2 NAMUN,saya bulat hati untuk berazam ingin menjalani LATIHAN AMALI yang dijangka selama hampir 3 bulan,di luar kawasan daripada kampung @ rumah kediaman.
MENGAPA???
KERANA SAYA INGIN KELUAR DARI KEPOMPONGAN @ KELOMPOK KAWASAN YANG SUDAH BIASA KEPADA SATU KAWASAN @ TEMPAT YANG BARU YANG MEMERLUKAN LEBIH KEPADA CABARAN....BIARLAH KITE CUBA SESUATU YANG MENCABAR TAPI MEMBAWA KEPADA KEBAIKAN SEHINGGA BOLEH MENINGKATKAN PRESTASI ,SOFT SKILLS,DAN PENGALAMAN.ALA KULLI HAL KITE HENDAKLAH KEMBALI KEPADA NIAT YANG SATU ,,,,ALLAH S.W.T.
APAKAH HARAPAN???
Harapan semoga ana berjaya menjalani latihan amali industri ini bersama sahabat2 ana dengan jayanya dan bersama-sama mengharungi segala cabaran dan dugaan yamg menimpa.....Namun yang paling penting agar prosuder untuk kami mendapatkan di agensi itu berjalan dengan lancar dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak samaada Ibu bapa(keluarga) ,sahabat2,pensyarah,dan mereka yang terlibat samaada secara langsung @ tidak langsung.AMIN...INSYAALLAH.

PENAWAR MUJARAB......

Posted by fieza | Posted in | Posted on 9:34 PG



Syarikat pengeluar produk minuman dan makanan kesihatan berasaskan madu lebah, PRM Cemerlang (M) Sdn. Bhd. (PRM Cemerlang), merancang menjadi antara pembekal dan pengedar produk halal terbaik di rantau Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini.
Pengarah Urusannya, Siti Nuur Hasnieza Hashim berkata, PRM Cemerlang yang sekarang mempunyai enam produk minuman dan makanan kesihatan kini berjaya menembusi pasaran Brunei dan Singapura.
Menurutnya, antara negara yang bakal menerima kemasukan produk-produk kesihatan keluaran PRM Cemerlang selepas ini ialah Indonesia dan Thailand.
Katanya, enam produk minuman dan makanan kesihatan berasaskan madu lebah dan habbatus sawda yang dikeluarkan oleh PRM Cemerlang ialah minuman kesihatan Madu Sawda (Masad), Madu Herba (Maher) dan Madu Asli (Masli).
Tambahnya, tiga produk lagi ialah kopi campuran Madu Sawda Plus (Mas-Cafe), Arabian Black Seed dan Pati Madu Sawda.
“Dua produk kesihatan utama yang mendapat sambutan ramai ialah Masad dan Maher,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Siti Nuur Hasneiza berkata, syarikat itu merancang untuk menambah sebanyak 26 produk baru secara berperingkat-peringkat selepas ini.
Dalam pada itu, katanya, PRM Cemerlang tidak mempunyai masalah untuk memasarkan produk-produk kesihatan tersebut ke rantau Asia Tenggara.
Produk-produk berkenaan sebelum ini telah memasuki negara-negara berkenaan tetapi baru-baru ini dipasarkan semula melalui jualan secara langsung.
Beliau berkata, PRM Cemerlang yang mula menjalankan perniagaan secara jualan langsung awal tahun ini kini mempunyai 200 stokis bertauliah di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura manakala keahlian pula melebihi 7,000 orang.
Pada masa ini PRM Cemerlang berjaya memasarkan enam produk itu dengan nilai RM400,000 sebulan, katanya.
Beliau menambah, syarikat percaya jumlah jualannya akan meningkat melebihi RM1 juta sebulan menjelang akhir tahun ini.



DI KESEMPATAN INI ,ANA INGIN MEWAR-WAR KAN KEPADA SEMUA SAHABT2 AGAR BELILAH PRODUK-PRODUK PRM GLOBAL VISION YANG BERADA DIPASARAN...SEPERTI ''AL-HABBAH AL-SAWDA' (MADU SAWDA' MASAD/MASAD GOLD/ MADU HERBA -MAHER /PATI MADU SAWDA' /MASTULEN/MASAD CAFE' /ARABIAN BLACK SEED / DLL LAGI....)DAN ADE KENYATAAN PRODUK2 INI DAPAT MENCEGAH DIRI SAHABAT2 DARIPADA TERKENA PENYAKIT SEPERTI H1N1 YG SEMAKIN MENULAR INI DAN STATEMENT INI TELAH DI SAHKAN SENDIRI OLEH PIHAK2 YG TERLIBAT. SEBAGAIMANA RIWAYAT AL-BUKHARI / MUSLIM :


"TETAPLAH KAMU DENGAN AL-HABBAH AL-SAWDA' INI KERANA SESUNGGUHNYA IA MENGANDUNGI PENAWAR BAGI SEGALA PENYAKIT KECUALI MATI" @ HOLD ON TO THE USE OF THE BLACK SEED,FOR IN IT IS HEALING FOR ALL ILLNESS EXCEPT DEATH"



BAGI SESIAPA YG BERMINAT BOLEHLAH BERHUBUNG TERUS DGN ANA DI TALIAN 019-2652542....


SEDIKIT GAMBARAN ANTARA TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK UNTUK DI LAWATI.DI ATAS MERUPAKAN SEBUAH TEMPAT PERLANCONGAN YANG TERKENAL DAN TIDAK ASING LAGI DI TANAH JAWA INDONESIA IAITU ''DANAU TOBA''.ALHAMDULILLAH ANA SENDIRI TELAH MENJEJAKKAN KAKI KE SITU BERSAMA FAMILY PADA TAHUN LEPAS .KETIKA MANA KAMI SEKELUARGA BERCUTI SAMBIL MAKAN ANGIN.ANA RASA PENGALAMAN BERADA DI TANAH AIR ORANG AMAT MENCABAR DAN AMAT MENGUJI KEIMANAN,KECEKALAN DAN KETABAHAN . ALA KULLI HAL,KAMI SELAMAT PERGI DAN PULANG.WALAUPUN BEGITU APA YANG PENTING KITA PERLU MENCARI SEBERAPA BANYAK PENGALAMAN .BAK KATA PEPATAH SEMAKIN JAUH PERJALANAN ,MAKA LUAS PANDANGAN.SEMOGA APA YG KITA PEROLEHI PADA PERKARA YANG BAIK ITU DAPATLAH KITA JADIKAN IKUTAN SERTA MANA YANG TIDAK BAIK ITU ,KITA JADIKAN PENGAJARAN....AMIN.


MENGENALIMU SUATU KEBETULAN,

MENGINGATIMU SUATU KERINDUAN ,

MEMAHAMIMU SUATU KEMESRAAN .

MELUPAKANMU SUATU KERESAHAN,

MELEPASKANMU SUATU KESUKARAN,

MENJADI SAHABATMU SUATU KESYUKURAN.....


Salam,ni adalah doa untuk mengelak wabak.iaitu penyakit berjangkit yang semakin menular di seluruh dunia.Semoga dengan usaha kite ini dapatlah mengurangkan penyakit @wabak tersebut sekirenye diizinkan Allah.Semoga Allah dapat mengampunkan dosa -dosa kite dan seterusnya mengabulkan doa-doa sahabat,yg soleh dan solehah ini,InsyaAllah.Amin.

Ya Allah,sahabat saya buah hati saya,Mesra kami penawar duka,Rindu kami menambah cinta,Rajuk kami membuah ceria,Ya Allah...silaturrahim kami,ukhuwah fillah kami,Bermusuh kami nauzubillah,Berpisah mati,InsyaAllah.Pengubat hati doa Rabitah,...Ya Allah,rahmati kami meniti usia,Terpisah kami di alam nyata,Temukan semula di Taman Syurga.Ukhuwah fillah dari ana....muslimah.

Salam Ukhuwah

Posted by fieza | Posted in | Posted on 9:31 PG



Salam perkenalan dan ukhuwah dari ana.Ini merupakan blog pertama ana.Jadi ana harap ana dapat memanfaatkan blog yang ana reka dan buat ini untuk menyampaikan ,berkongsi atau berdiskusi dengan sahabat-sahabat ana.InsyaAllah...Oleh itu ana mengharapkan respon yang baik dari sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.Semoga kita memanfaatkan apa yang baik darinya .Amin.

Sahabat Handai...(Ukhuwah Mahabbah)

Create your own banner at mybannermaker.com!