Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum...

KASIH SAYANG....

Posted by fieza | Posted in | Posted on 7:25 PG









Bismillahirrahmanirrahim,
Pembuka Bicara...
Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa ,
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti


Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan



Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri






Sorotan dari nasyid Raihan - Kasih Sayang




Kasih sayang dan Cinta


Cinta dan kasih sayang itu adalah sesuatu yang suci, bersih dan sangat indah jika kita dapat nilaikan dengan perhitungan yang sebenar-benarnya. Tanpa kasih sayang, seorang anak mana mungkin akan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh ibunya. Tanpa kasih sayang juga, mana mungkin seorang ayah sanggup bekerja sehingga lewat malam, semata-mata untuk mencari nafkah untuk anak dan isteri yang tercinta. Kasih sayang, cinta adalah rahmat daripada Allah SWT yang dimasukkan ke dalam hati seseorang manusia dengan kehendakNya. Sesuatu yang lahir dan datang daripada Allah SWT sudah tentulah tanpa sebarang kesangsian bahawa ia merupakan sesuatu yang suci dan bersih. Sepertinya anak, rahmat dari Allah SWT yang dilahirkan seperti kain yang putih penuh dengan kesucian.


Cinta lelaki perempuan sblm kahwin


Kalau seorang anak pun keikhlasan cinta dan kasih sayang dia tak akan setanding dengan ibu bapanya, apalagi cintan cintun antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang belum berkahwin?? Kadang-kala kita selalu tertutup dengan penyataan 'cinta' kepada seseorang. Apakah hanya apabila perasaan 'bergetar' semasa memandang seseorang menyebabkan kita menyangka bahwa kita menyintai ataupun mempunyai perasaan yang ikhlas terhadap si dia ?? Ingatlah bahawa 'cinta' atau perasaan yang diagung-agungkan pada ketika itu sebenarnya bukanlah satu cinta yang ikhlas. Ia lebih merupakan satu cinta 'give and take'. Kita memberi dan mengharapkan pulangan yang setimpal. Jika tidak dapat, maka mulalah berlakunya pertengkaran-pertengkaran kecil dan mungkin lebih teruk dari itu.



Antara Hak dan Tanggungjawab


Cinta ataupun perasaan yang sebenar-benarnya ikhlas dan perlu dijaga ialah apabila kita bergelar seorang suami, ataupun seorang isteri. Kerna disitulah wujudnya satu tanggung jawab untuk kita menyintai pasangan kita kerana tuntutan agama Islam memberi kewajipan untuk kita berbuat demikian. Jika kita mampu menyuburkan cinta bersama pasangan kita dan juga tentunya dengan Allah, pastinya tidak akan wujud persoalan tentang hak masing-masing, di mana hak sebagai seorang isteri, seorang suami dan pelbagai lagi. Berbalik kepada soal perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin. Dari segi pandangan mata manusia, memanglah jika kita memberi, sepatutnya kita mendapat pulangan. Itu adalah hak kita. Begitulah juga jika disinonimkan dengan cinta give and take ini. Walaupun mungkin kita rasa, ada hak pada kita untuk menerima balik 'cinta' yang telah dikirimkan itu. Tetapi sebenarnya sahabat-sahabat sekalian, jika kita renung kembali, tidak wujud satu pun keutamaan dan tanggungjawab bagi kita untuk memenuhi tuntutan tersebut !!! Yang ada hanyalah harapan-harapan diawanan lalu yang langsung tidak menjanjikan kebahagian kepada kita apatah lagi keredhaan dan kemanisan kasih sayang itu sendiri.




Tiupan Kasih Sayang


Usahlah kita mengotori 'perasaan cinta' dan 'kasih sayang' yang ditiupkan oleh Allah ke dalam hati-hati kita ini. Simpanlah ia untuk bakal suami dan bakal isteri kita yang sebenar-benarnya. Andaikata kita merasakan bahawa pasangan kita adalah bakal pasangan kita yang sebenar, teruskan dengan beristikharah, mintak petunjuk dari Allah. Kemudian usahakan sehingga ke ambang perkahwinan. Usah di tahan-tahan di sekat-sekat kerana bimbang bukan sahaja zina hati yang akan menular, bahkan fitnah-fitnah syaitan juga tidak akan duduk tanpa berbicara. Andaikata sudah diterima, maka belajarlah menerima pasangan kita dalam apa jua aspek. Kerana sudah menjadi lumrah manusia ini tiada yang sempurna peribadinya. Ada sahaja benda yang tidak kena berlaku. Sedangkan pasangan hebat Sayidina Ali dan Sayidatina Fatimah juga pernah berselisih pendapat. Apabila berlaku maka fikirkanlah cara terbaik untuk menenangkannya semula. Semoga sama-sama mendapat kebaikan dan manfaat darinya.


Baiklah sebagai mengakhiri qalam, dipetik juga Doa Istikharah untuk panduan doa kita bersama.



Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan (yang tepat) kepada Engkau dengan ilmu (yang ada pada)-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu (untuk menyelesaikan urusanku) dengan kudrat-Mu.
Dan aku memohon kepada-Mu sebagian kurnia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Mahakuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.



Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih baik pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkatilah aku dalam urusan ini.



Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih buruk pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya.




-SEKIAN BUAT RENUNGAN BERSAMA_







SEKADAR GAMBARAN HIASAN, TIADA KENE MENGENA DENGAN EMPUNYA DIRI....












-WALAUPUN APA JUA YANG DIINGINI OLEH SETIAP MANUSIA , HARUS INGATLAH BAHAWASANYA ALLAH ITU MAHA PENCIPTA. SEGALA-GALANYA HENDAKLAH KITA SANDARKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH S.W.T (ALA' KULLI HAL LILLAHI TAALA )

Comments (0)

Catat Ulasan

Sahabat Handai...(Ukhuwah Mahabbah)

Create your own banner at mybannermaker.com!