Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum...

Seni Lama Melayu (Malay Olden Art)

Posted by fieza | Posted in | Posted on 9:21 PG




Salam, kali ini saya akan membawa anda melihat bentuk-bentuk seni lama melayu (Malay Olden Art ) yang masih lagi wujud pada era zaman sekarang ini.Contoh seni yang saya bawakan kepada anda buat julung kalinya dalam cetusan blog kali ni, yang juga menampakkan sedikit kelainan ialah "Masjid Marzukiah kampung Lubuk Pusing , yang terletak di Daerah Sabak Bernam Selangor" . (Untuk pengetahuan sahabat-sahabat , Kampung Lubuk Pusing Ini juga merupakan Kampung Halaman saya) Oleh itu tidak hairanlah sekiranya saya ingin cuba mengkaji dan ingin memperkenalkan lagi kampung halaman saya kepada sahabat-sahabat.Baiklah, apabila disebutkan sahaja Kampung Lubuk Pusing, sebenarnya kampung ini amat terkenal dengan sejarahnya tersendiri yang terletak dalam mukim sg.panjang ini. Cerita yang mahsyur mengisahkan , penamaan kampung ini berdasarkan atau bersempena air lubuk yang berpusing dan berbentuk seperti kawah yang terdapat di kampung ini dan yang berpunca dari air sungai Bernam yang terletak di kawasan sempadan Negeri Selangor dan Negeri Perak.Perkara ini memang betul-betul wujud dan ia amat merbahaya kepada sampan-sampan, tongkang-tongkang, dan juga perahu-perahu kecil.Sejarah mencatatkan ramai yang terkorban di kawasan sungai yang merbahaya itu. Ini kerana, air lubuk pusing itu berpusing disebabkan terdapat satu saluran atau terowong rahsia di dasarnya yang menuju ke Kuala Bernam. Namun diringkaskan cerita lagi, lubuk yang berpusing itu telah berhenti disebabkan sejarah pada masa dahulu yang mengatakan Seorang Tuan Syeikh telah bersembahyang hajat kepada Allah S.W.T agar air sungai yang berpusing itu tidak mendatangkan bahaya kepada perahu-perahu yang lalu lalang di situ.Selepas solat hajat, seorang penduduk kampung bertanya kepada Tuan Syeikh," Adakah pusaran air Lubuk Ini akan reda selepas kita membuat solat hajat ini? " Tuan Syeikh menjawab , " bukan sahaja akan reda air yang berpusing itu.Jika ada rahmat dan kabul izin Allah, air yang berpusing itu akan menjadi daratan pada suatu hari kelak" .Begitulah perbualan antara penduduk kampung yang risau akan hal sedemikian dengan Tuan Syeikh tersebut dan juga merangkap Ketua Kampung pada zaman tersebut.Diringkaskan cerita , kawasan sungai yang merbahaya itu telah menjadi tanaman Kelapa Sawit dan tempat yang di mana airnya berpusing itu telah menjadi daratan.Begitulah sedikit sinopsis sejarah mengenai Kampung Lubuk Pusing. Ok, itu baru muqaddimah, seterusnya saya akan memperlihatkan sahabat-sahabat hasil seni lama Masjid Marzukiah ini:





Bentuk menara azannya yang unik .Di masjid ini terdapat dua menara yang serupa .






















Kubah masjid ini pula adalah berbentuk tradisional alam Melayu yang berupa seperti piramid berlapis.











Ke kanan masjid boleh kelihatan sebuah kolam yang ada ceritanya yang tersendiri.







Dewan Utama Solat
The Main Praying hall










Kubah di lihat dari sisi kanan hadapan.The dome seen from the front right side.



















Di bahagian hadapan masjid pula terdapat sebuah bangunan makam. Bersambung...
































































































































































































Comments (0)

Catat Ulasan

Sahabat Handai...(Ukhuwah Mahabbah)

Create your own banner at mybannermaker.com!