Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum...

RAPUH UMPAMA RUMAH LABAH-LABAH...

Posted by fieza | Posted in | Posted on 2:14 PG


FIRMAN ALLAH S.W.T BERMAKSUD:
"MISAL BANDINGAN ORANG YANG MENJADIKAN BENDA-BENDA YANG LAIN DARIPADA ALLAH SEBAGAI PELINDUNG( yang diharapkan pertolongannya) ADALAH SEPERTI LABAH-LABAH YANG MEMBUAT SARANG(untuk tempat perlindungannya ) ; PADAHAL SESUNGGUHNYA SARANG YANG SEHABIS-HABIS REPUT (rapuh) IALAH SARANG LABAH-LABAH, KALAULAH MEREKA ORANG YANG BERPENGETAHUAN. "


(SURAH AL-ANKABUT 29:41 )




Dalam ayat ini, Allah s.w.t menerangkan tentang kebodohan orang Musyrik yang menjadikan berhala-hala atau makhluk yang lain sebagai tuhan - tuhan yang yang disembah dan diharapkan pertolongannya sedangkan benda-benda itu amat lemah, tidak berkuasa dan tidak dapat memberikan kepada mereka sebarang pertolongan.




Menurut Ibn' Ashur dalam tafsirnya Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, bidalan ini ditujukan kepada orang kafir Quraisy yang menyembah berhala dengan harapan agar berhala-berhala itu dapat memberikan pertolongan kepada mereka.Penggunaan bidalan di sini telah berjaya menggambarkan bagaimana buruk dan hinanya keadaan orang yang menzalimi diri mereka sendiri dengan tidak mentaati ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa, seterusnya perbuatan ini telah menunjukkan bahawa mereka telah melakukan kezaliman yang paling besar.Mereka itulah
orang musyrikin yang menyekutukan Allah s.w.t serta tidak mengabdikan diri kepada-Nya.




Walaupun kebanyakan ulama tafsir menyatakan bahawa bidalan dan kiasan dalam ayat ini ditujukan kepada golongan yang kufur kepada Allah, namun ini tidak bermakna umat Islam "terselamat". Apatah lagi apabila terdapat mereka yang tidak mengerti nilai keimanan kepada Allah s.w.t walaupun setelah mengucap dua kalimah syahadah.

Apakah pada hari ini, hanya orang bukan Islam sahaja yang meminta pertolongan dan perlindungan kepada selain daripada Allah? Bagaimana pula dengan orang Islam yang melakukan amalan khurafat dan syirik kepada Allah...bukan kah mereka juga memohon sesuatu pertolongan kepada selain daripada Allah?

Perbuatan seumpama ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam.Mereka yang melakukan perbuatan tersebut telah melakukan suatu kezaliman yang besar iaitu syirik kepada Allah s.w.t.Sebagaimana firman Allah taala dalam surah Luqman ayat 13 yang bermaksud: " Dan (ingatlah )ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepadanya, "Wahaianak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (DENGAN SESUATU YANG LAIN ), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah suatu kezaliman yang besar."


Justeru Umat Islam yang melakukan perbuatan syirik seumpama ini juga boleh dianggap sebagai golongan yang mengharapkan kepada sarang labah-labah yang rapuh untuk dijadikan sebagai tempat berlindung .



SEKIAN BUAT RENUNGAN.....















sarang labah-labah terbesar yang dijumpai di Amerika...










































































































Comments (0)

Catat Ulasan

Sahabat Handai...(Ukhuwah Mahabbah)

Create your own banner at mybannermaker.com!