Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum...

Di Sebalik Dua Mata...

Posted by fieza | Posted in | Posted on 6:57 PG


Allah mengurniakan semua manusia dengan dua mata. Mata adalah antara nikmat jasadiah yg terbesar, juga merupakan lubang dugaan yang paling hebat bagi insan. Dengan mata, manusia mampu melihat, sekali gus menjana akalnya untuk berfikir pelbagai perkara.

Namun dengan mata juga, manusia mudah bermaksiat dan akhirnya dari apa yang dilihat , akalnya berfikir pelbagai perkara yang merosakkan. Di samping dua mata yang Allah s.w.t berikan kepada manusia, saya terfikir akan " dua mata " lagi yang manusia hakikatnya perlu wujudkan dalam diri mereka. Satu mata yang melihat masa belakang. Satu lagi mata yang melihat masa hadapan.

( Mata melihat masa Belakang: Muhasabah )

Kelemahan manusia antaranya adalah membuat kesilapan yang sama berulang-ulang . Dengan mengulangi kesilapan yang sama, peningkatan manusia dalam hidupnya akan terganggu. Manusia yang baik, adalah manusia yang tidak mengulangi kesilapannya. Sebab itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Seseorang mukmin itu tidak akan disengat kala pada lubang yang sama sebanyak dua kali".

Di sini perlunya kita, sebagai seorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t , dan menjalani kehidupan dengan baik, hidup dalam ketaatan, sekali gus menggapai redha-Nya, perlu mempunyai" Mata Melihat Masa Belakang." Dengan mata ini, kita bermuhasabah dan merenung salah silap kita. Ramai manusia mengingati kelebihannya, kebaikannya dan kegemilangannya. Namun amat sedikit yang mengingati kekurangannya, kejahatnnya dan kerendahannya.

(Mata Melihat masa hadapan : Merancang )


Satu lagi kelemahan manusia adalah tidak mempunyai perancangan . Hidupnya tidak dirancang, pengurusan dirinya tidak dirancang, keluarganya tidak dirancang, pekerjaannya tidak dirancang , tarbiyah anak-anaknya tidak dirancang, pelajarannya tidak dirancang dan begitulah dalam kebanyakan sisi kehidupannya.

Apakah perbezaan manusia yang merancang dengan yang tidak merancang ?

Manusia yang merancang akan bersedia. Persediaan adalah pakej perancangan . Jangan samakan merancang dengan harapan , atau sembang kemas, atau cakap omong kosong. Merancang bermakna punya plan, & strategik .
Apabila kita telah bersedia , dan tidak mendapat apa yang kita rancang, sekurang-kurangya persediaan kita tadi punya makna pada medan lain. Contoh mudah : " Kita rancang hendak berkahwin dengan si Fulanah Binti Fulan. Maka kita akan mula megumpul wang.
Sampai pada masanya, si fulanah tidak mahu berkahwin dengan kita. Apa yang kita rancang tidak berjaya. Tetapi duit tadi, masih ada. Dan duit itu boleh jadi bermakna di medan lain pula. Kegagalan satu perancangan , bukan penamat pada kehidupan. Begitulah juga dalam menjadi hamba Allah s.w.t.

Apakah perancangan kita? Di mana strategik kita hendak menggapai redha-Nya?? Apakah jalan yang kita hendak ambil ? Pernahkah anda merancang ? Allah.s.w.t juga menggalakkan perancangan .




" Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap kalian memerhatikan apa yang telah dia sediakan untuk hari esok....." Surah a l- Hasyr : 18


(Sedar Sebelum Terlambat)


Muhasabah dan perancangan adalah amat penting. Saya mulakan dengan muhasabah , kerana saya melihat tidak guna merancang sesuatu yang akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa lalu. Bersama manusia ada masa. Masa ini tidak akan dapat dikembalikan.

Bagi yang tidak bermuhasabah diri, dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama, maka dia telah kehilangan masa-masanya yang berharga. Bagi yang tidak merancang dan kehidupannya terabur, tunggang-langgang, dia juga telah kehilangan masa-masanya yang berharga . Inilah dia kerugiaan . Sebab itu Allah s.w.t berfirman :

" Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugiaan ". ( Surah al-Asr : 1-2 )



Dan lebih merugikan, apabila kita tidak bermuhasabah, kita mengulangi kesilapan kita yang sama, dan mewariskan pula kesilapan itu pada anak-anak kita , pada keturunan, pada sahabat-sahabat kita, dan manusia di sekeliling kita . Lebih merugikan kerana kita tidak merancang, keluarga kita rosak, pelajaran kita terbengkalai, dan diri kita terhumban ke dalam kerosakan . Inilah kerugian yang nyata.

Bukankah dunia ini ladang akhirat? Di sini kita menanam, di sana kita menuai? Maka rugi rugi di sini , maka di akhirat sana juga menanti hasilan kerugiannya. Bagaimana ? Hendak mewujudkan dua mata ini dalam kehidupan? Atau memilih untuk tidak melakukan apa-apa peningkatan? Semuanya di tangan anda. Tiada paksaan . Namun telah jelas mana yang akan mencapai kegemilangan, atau yang mana akan mengucup kehancuran.

Comments (0)

Catat Ulasan

Sahabat Handai...(Ukhuwah Mahabbah)

Create your own banner at mybannermaker.com!