Ahlan Wasahlan Wamarhabanbikum...

KASIH SAYANG....

Posted by fieza | Posted in | Posted on 7:25 PG









Bismillahirrahmanirrahim,
Pembuka Bicara...
Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa ,
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti


Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan



Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri






Sorotan dari nasyid Raihan - Kasih Sayang




Kasih sayang dan Cinta


Cinta dan kasih sayang itu adalah sesuatu yang suci, bersih dan sangat indah jika kita dapat nilaikan dengan perhitungan yang sebenar-benarnya. Tanpa kasih sayang, seorang anak mana mungkin akan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh ibunya. Tanpa kasih sayang juga, mana mungkin seorang ayah sanggup bekerja sehingga lewat malam, semata-mata untuk mencari nafkah untuk anak dan isteri yang tercinta. Kasih sayang, cinta adalah rahmat daripada Allah SWT yang dimasukkan ke dalam hati seseorang manusia dengan kehendakNya. Sesuatu yang lahir dan datang daripada Allah SWT sudah tentulah tanpa sebarang kesangsian bahawa ia merupakan sesuatu yang suci dan bersih. Sepertinya anak, rahmat dari Allah SWT yang dilahirkan seperti kain yang putih penuh dengan kesucian.


Cinta lelaki perempuan sblm kahwin


Kalau seorang anak pun keikhlasan cinta dan kasih sayang dia tak akan setanding dengan ibu bapanya, apalagi cintan cintun antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang belum berkahwin?? Kadang-kala kita selalu tertutup dengan penyataan 'cinta' kepada seseorang. Apakah hanya apabila perasaan 'bergetar' semasa memandang seseorang menyebabkan kita menyangka bahwa kita menyintai ataupun mempunyai perasaan yang ikhlas terhadap si dia ?? Ingatlah bahawa 'cinta' atau perasaan yang diagung-agungkan pada ketika itu sebenarnya bukanlah satu cinta yang ikhlas. Ia lebih merupakan satu cinta 'give and take'. Kita memberi dan mengharapkan pulangan yang setimpal. Jika tidak dapat, maka mulalah berlakunya pertengkaran-pertengkaran kecil dan mungkin lebih teruk dari itu.



Antara Hak dan Tanggungjawab


Cinta ataupun perasaan yang sebenar-benarnya ikhlas dan perlu dijaga ialah apabila kita bergelar seorang suami, ataupun seorang isteri. Kerna disitulah wujudnya satu tanggung jawab untuk kita menyintai pasangan kita kerana tuntutan agama Islam memberi kewajipan untuk kita berbuat demikian. Jika kita mampu menyuburkan cinta bersama pasangan kita dan juga tentunya dengan Allah, pastinya tidak akan wujud persoalan tentang hak masing-masing, di mana hak sebagai seorang isteri, seorang suami dan pelbagai lagi. Berbalik kepada soal perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin. Dari segi pandangan mata manusia, memanglah jika kita memberi, sepatutnya kita mendapat pulangan. Itu adalah hak kita. Begitulah juga jika disinonimkan dengan cinta give and take ini. Walaupun mungkin kita rasa, ada hak pada kita untuk menerima balik 'cinta' yang telah dikirimkan itu. Tetapi sebenarnya sahabat-sahabat sekalian, jika kita renung kembali, tidak wujud satu pun keutamaan dan tanggungjawab bagi kita untuk memenuhi tuntutan tersebut !!! Yang ada hanyalah harapan-harapan diawanan lalu yang langsung tidak menjanjikan kebahagian kepada kita apatah lagi keredhaan dan kemanisan kasih sayang itu sendiri.




Tiupan Kasih Sayang


Usahlah kita mengotori 'perasaan cinta' dan 'kasih sayang' yang ditiupkan oleh Allah ke dalam hati-hati kita ini. Simpanlah ia untuk bakal suami dan bakal isteri kita yang sebenar-benarnya. Andaikata kita merasakan bahawa pasangan kita adalah bakal pasangan kita yang sebenar, teruskan dengan beristikharah, mintak petunjuk dari Allah. Kemudian usahakan sehingga ke ambang perkahwinan. Usah di tahan-tahan di sekat-sekat kerana bimbang bukan sahaja zina hati yang akan menular, bahkan fitnah-fitnah syaitan juga tidak akan duduk tanpa berbicara. Andaikata sudah diterima, maka belajarlah menerima pasangan kita dalam apa jua aspek. Kerana sudah menjadi lumrah manusia ini tiada yang sempurna peribadinya. Ada sahaja benda yang tidak kena berlaku. Sedangkan pasangan hebat Sayidina Ali dan Sayidatina Fatimah juga pernah berselisih pendapat. Apabila berlaku maka fikirkanlah cara terbaik untuk menenangkannya semula. Semoga sama-sama mendapat kebaikan dan manfaat darinya.


Baiklah sebagai mengakhiri qalam, dipetik juga Doa Istikharah untuk panduan doa kita bersama.



Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan (yang tepat) kepada Engkau dengan ilmu (yang ada pada)-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu (untuk menyelesaikan urusanku) dengan kudrat-Mu.
Dan aku memohon kepada-Mu sebagian kurnia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Mahakuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.



Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih baik pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkatilah aku dalam urusan ini.



Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih buruk pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya.




-SEKIAN BUAT RENUNGAN BERSAMA_







SEKADAR GAMBARAN HIASAN, TIADA KENE MENGENA DENGAN EMPUNYA DIRI....












-WALAUPUN APA JUA YANG DIINGINI OLEH SETIAP MANUSIA , HARUS INGATLAH BAHAWASANYA ALLAH ITU MAHA PENCIPTA. SEGALA-GALANYA HENDAKLAH KITA SANDARKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH S.W.T (ALA' KULLI HAL LILLAHI TAALA )

RAPUH UMPAMA RUMAH LABAH-LABAH...

Posted by fieza | Posted in | Posted on 2:14 PG


FIRMAN ALLAH S.W.T BERMAKSUD:
"MISAL BANDINGAN ORANG YANG MENJADIKAN BENDA-BENDA YANG LAIN DARIPADA ALLAH SEBAGAI PELINDUNG( yang diharapkan pertolongannya) ADALAH SEPERTI LABAH-LABAH YANG MEMBUAT SARANG(untuk tempat perlindungannya ) ; PADAHAL SESUNGGUHNYA SARANG YANG SEHABIS-HABIS REPUT (rapuh) IALAH SARANG LABAH-LABAH, KALAULAH MEREKA ORANG YANG BERPENGETAHUAN. "


(SURAH AL-ANKABUT 29:41 )




Dalam ayat ini, Allah s.w.t menerangkan tentang kebodohan orang Musyrik yang menjadikan berhala-hala atau makhluk yang lain sebagai tuhan - tuhan yang yang disembah dan diharapkan pertolongannya sedangkan benda-benda itu amat lemah, tidak berkuasa dan tidak dapat memberikan kepada mereka sebarang pertolongan.




Menurut Ibn' Ashur dalam tafsirnya Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, bidalan ini ditujukan kepada orang kafir Quraisy yang menyembah berhala dengan harapan agar berhala-berhala itu dapat memberikan pertolongan kepada mereka.Penggunaan bidalan di sini telah berjaya menggambarkan bagaimana buruk dan hinanya keadaan orang yang menzalimi diri mereka sendiri dengan tidak mentaati ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa, seterusnya perbuatan ini telah menunjukkan bahawa mereka telah melakukan kezaliman yang paling besar.Mereka itulah
orang musyrikin yang menyekutukan Allah s.w.t serta tidak mengabdikan diri kepada-Nya.




Walaupun kebanyakan ulama tafsir menyatakan bahawa bidalan dan kiasan dalam ayat ini ditujukan kepada golongan yang kufur kepada Allah, namun ini tidak bermakna umat Islam "terselamat". Apatah lagi apabila terdapat mereka yang tidak mengerti nilai keimanan kepada Allah s.w.t walaupun setelah mengucap dua kalimah syahadah.

Apakah pada hari ini, hanya orang bukan Islam sahaja yang meminta pertolongan dan perlindungan kepada selain daripada Allah? Bagaimana pula dengan orang Islam yang melakukan amalan khurafat dan syirik kepada Allah...bukan kah mereka juga memohon sesuatu pertolongan kepada selain daripada Allah?

Perbuatan seumpama ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam.Mereka yang melakukan perbuatan tersebut telah melakukan suatu kezaliman yang besar iaitu syirik kepada Allah s.w.t.Sebagaimana firman Allah taala dalam surah Luqman ayat 13 yang bermaksud: " Dan (ingatlah )ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepadanya, "Wahaianak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (DENGAN SESUATU YANG LAIN ), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah suatu kezaliman yang besar."


Justeru Umat Islam yang melakukan perbuatan syirik seumpama ini juga boleh dianggap sebagai golongan yang mengharapkan kepada sarang labah-labah yang rapuh untuk dijadikan sebagai tempat berlindung .



SEKIAN BUAT RENUNGAN.....















sarang labah-labah terbesar yang dijumpai di Amerika...










































































































Percutian Di Tiara Beach Resort Port Dickson Ngeri 9.

Posted by fieza | Posted in , | Posted on 11:27 PTG











Salam percutian ...!
Bersua kembali kita .Okay, kali ini sya tak nak bercakap secara formal just non-formal, he2 simple2 je.Okay baru-baru ini saya, abang saya, kakak ipar saya, adik saya n anak buah saya pergi bercuti ke Tiara Beach Resort PD ngeri 9 selama 1 hari 1 malam sahaja.Walaupun percutian kami sekejap sahaja namun saya merasa ia suatu kenangan yang cukup manis buat saya khususnya. Sebenarnya ia suatu kebetulan sahaja. Sebab apa??? Pada asalnya saya selepas exam sem 1 tahun 2 bru2 nie di Ukm, saya merancang untuk bercuti ke Melaka di Sg . Udang iaitu rumah abang saya. Namun pada suatu malam saya menerima suatu panggilan daripada abang saya yang mana dia mengajak saya, bersama adik saya pergi bercuti ke tempat tersebut.Namun di sebalik itu sebenarnya abang saya ada prgrm @ majlis di bawah syarikat dia (Petronas) sebab itu dapat package percutian ke situ. Apalagi sayapun bersetuju untuk mengikut abang saya ke sana. Kiranya family day jugaklah walaupun adik beradik yang lain serta mak dan abah saya tak ikut.Apapun sambil nak hilangkan demam peperiksaan la kot kiranya nie...he2.Ok.lah sampai sahaja di sana saya cukup tertarik dengan elamen2 dan binaan ,serta rekaan resort tersebut kerana memang sesuai dengan tema family day @ family santai.Gambar-gambar di atas dapat lah memberikan sedikit gambaran betapa seronoknya n meriahnya saya di sana bersama ahli keluarga saya yang lain. Namun maaf yea...cz gambar saya tidak ada di atas. Percutian kami sekeluarga bermula start petang jumaat 13/11/09 sehinggalah 14/11/09 ari sabtu petang .Kemudian kami pun pulang.Okay itu lah sedikit sebanyak coretan @ kenangan yang saya ingin coretkan .Ok insyaAllah nanti kita bertemu lagi okay.Salam Ukhuwah......

Salam Perjuangan Semua...

Posted by fieza | Posted in | Posted on 5:06 PTG


Salam semua.Bertemu kembali kite.=).Erm untuk kali ini ana tidak mahu menceritakan dengan lebih panjang lagi namun pa yg penting ana ingin menceritakan sedikit tentang pengalaman manis suka n gembira serta terharu la jugak ,he2 pada mlm 2 oktober 2009.Boleh dikatakan tragedi oktober, kot bak seperti lagu Awie tue....Jgan main2,ana ni peminat die gak...he2 tapi mase kecik la....ana suke sgt ngn artis nie, n semua lagu2 dia ,tp bile dh melangkah dewasa nie ops remaja tapi memg nk masuk dewasa la gk,he2 ana biase je.Ok lah melalut la pulak,berbalik cerita kite tadi ana telah dijemput ke suatu majlis "Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik " (MAKA) anjuran Isiukm di Kompleks Tun Abdullah Muhammad Salleh @ pelajr2 MAHASISWA/SISWI UKM nie diorang suke paggil 'KTAMS' he2 mcm ketam je,,,,termasuk lah ana .Bukan setakat majlis anugerah je tp serta majlis jamuan raye.Pada malam itu ana telah mendapat sijil penghargaan daripada ISIUKM sempena ana dapat Dekan dlm final exm baru2 ini semasa tahun1 sem 2.Alhamdulillah ana bersyukur kehadrat illahi kerana dgan limpah kurnianyalah ana berjaya memperolehi kejayaan sebegini.Bukan itu sahaja sebenarnya disebalik kejayaan ana ade beberapa insan yg menyokong ana sehingga ana mampu memperolehi result sebegini walaupun tidaklah mencapai tahap 4.00 PNGK.=) tapi ana bersyukur.Terima kasih kepada semua insan2 yg menjadi pendorong n semangat untuk ana terus maju n berjaya kehadapan.
Nak tahu ke insan2 yg bnyak memberi sokongan n dorongan tu...???=) Baiklah,seperti biase mestilah kedua ibu -bapa kite,kemudian adik beradik kite,n sahabat2 kite(istimewa sedikit nie...),n teman2 seperjuangan ana sekalian.Syukran sekali lagi.Namun pe yang penting ana ingin mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada kepimpinan ISIUKM khusus yg bahagian Akademik ni la yg sudi memilih ana untuk dinobatkan sebagai Pelajar cemerlang sesi 09/010 nie.Semoga ana terpilih lagi la yea untuk masa hadapan lak.He2.Ok lah.rsenye sampai sini sahaja coretan ana pada kali ini .Untuk akhirnya ana ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN FINAL EXM TAHUN 2 SEM1 NIE,khusus wat sahat2 AGSO UNITY(JBATN ANA LA....QUR'AN SUNNAH THUN 2) serta seluruh rakan2 n teman 2 mahasiswa /siswi UKM bermula 26/10/09 nie until 11/11/09 bg fak ana ,fak lain tak thu la yea semoga wat yg terbaik n ciptalah sesuatu yg luar biase....
Namun untuk mencapai result yg luar biase itu mesti ngn usaha yg luar biase jugak kan.MAN JADDA WA JADA WA MAN ZARA'A HASODA.Ok.Salam perjuangan semua.....

Usaha tangga kejayaan....

Posted by fieza | Posted in | Posted on 9:06 PG

Alhamdulillah.Akhirnya saya berjaya mencapai impian saya apabila saya dinobatkan juara musabaqah al-quran peringkat negeri dan akan mewakili wilayah persekutuan ke peringkat kebangsaan yang diadakan di negeri sembilan.Apa yang ingin saya berkongsi di sini dengan sahabat2 ialah pengalaman kita bagaimana berdepan dengan peserta 2 yang memang berbakat dan sememangnya memiliki pengalaman yang lebih berbanding kita.Untuk Pengetahuan sahabat2 pertandingan peringkat kebangsaan bagi tilawah al-quran adalah sama tarikhnya dengan pertandingan nasyid yang serentak diadakan di Dewan Sek .Men.Teknik Tuanku Jaafar negeri sembilan .Namun aturcara majlis,musabaqah tilawah al-quran dahulu dimulakan.Pertandingan ini diadakan bersempena Program Ihya' Ramadhan . Antara objektif pertandingan ini adalah :
1) MENINGKATKAN KUALITI UMMAH DI KALANGAN AHLI DALAM MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN DENGAN MEMPERTAJAMKAN KEBOLEHAN MEMBACA AL-QURAN BERDASARKAN DISIPLIN DAN ADAB BACAAN (QIRAAT) YANG BETUL DAN TEPAT
&
2)MEMASTIKAN UMAT ISLAM KHUSUSNYA GENERASI MUDA MEMPERAKUI KEBENARAN DAN HAK AGAMA DENGAN MEMAHAMI KANDUNGAN DAN AJARAN YANG TERDAPAT DI DALAM KITAB SUCI AL-QURAN
Namun Allah telah menetapkan bahawa saya akan mengalami kekalahan pada peringkat kebangsaan tersebut.Walaupun begitu saya tetap bersyukur kerana di beri peluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi,peserta2 dari qari dan qariah yang sememangnya memang berbakat ,dan ada yang pernah menjadi juara peringkat kebangsaan sebelum ini.Bukan itu sahaja malah saya dapat berkenalan atau berkawan dengan peserta yang ,mana pernah memasuki program realiti tv yang terkenal dalam akademik al-quran antaranya:Faizah Panut,dll dan Merupakan pelajar um sekarang.Bukan itu sahaja para hakimnya pun dikalangan ahli 2 panel hakim yang memang cukup terkenal seperti juri2 diperingkat akademik al-quran sendiri.Walaupun begitu saya tetap bersyukur dengan apa yang saya perolehi kerana pengalamn itu merupakan guru yang paling mujarab buat diri kita.Amin.........

Hari Raye....

Posted by fieza | Posted in | Posted on 8:50 PG



Selamat hari rye Maaf Zahir Dan Batin..........
Beginilah aksi kami sekeluarga di petang hari rye 1 syawal.Time ni,kami sekeluarga beraya di rumah sedara .Selepas itu kami terus menuju ke rumah guru-guru kesayangan kami lak bersama family tercinta.

SIAPAKAH HAMKA???

Posted by fieza | Posted in | Posted on 8:09 PTG

SIAPAKAH HAMKA ???

NAMA SEBENAR: HAJI ABDUL MALIK KARIM AMRULLAH
•NAMA SAMARAN: HAMKA, A.S HAMID, INDRA MAHA DAN ABU ZAKI
•TARIKH LAHIR: 17 FEBRUARI 1908 BERSAMAAN 14 MUHARRAM 1326H
•PUTERA KEPADA SHEIKH ABDUL KARIM BIN AMRULLAH DAN SITI SAFIYAH
•STATUS: BERKAHWIN DENGAN SITI RAHMAH (mempunyai 10 orang anak) & SITI KHADIJAH (setelah isteri pertama meninggal)
•MENINGGAL DUNIA PADA 24 JULAI 1981
•SEORANG PENDAKWAH, CENDIKIAWAN, SASTERAWAN, AHLI POLITIK


PENDIDIKAN


*MENDAPAT PENDIDIKAN RENDAH DI SEKOLAH DASAR MANINJAU SEHINGGA DARJAH DUA
*PADA USIA 10 TAHUN MEMPELAJARI AGAMA DAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH THAWALIB( DIASASKAN BAPANYA)
*MENGIKUTI PENGAJARAN AGAMA DI SURAU DAN MASJID YANG DIBERIKAN ULAMA TERKENAL SEPERTI SYEIKH IBRAHIM MUSA, SYEIKH AHMAD RASYID, SUTAN MANSUR, R.M. SURJOPARONTO DAN KI BAGUS HADIKUSUMO.
*PADA TAHUN 1924 BERANGKAT KE YOGA MEMPELAJARI PERGERAKAN ISLAM
*SANGAT MAHIR BERBAHASA ARAB
*BERKEBOLEHAN DALAM BIDANG FALSAFAH, SASTERA, SEJARAH,SOSIOLOGI DAN POLITIK
*MENUBUHKAN UNIVERSITI MUHAMMADIYAH PROF. DR. HAMKA (UHAMKA) PADA 18 NOVEMBER 1957


KERJAYA


*MULA BEKERJA SEBAGAI GURU AGAMA PADA TAHUN 1927 DI PERKEBUNAN TEBING TINGGI, MEDAN DAN GURU AGAMA DI PADANGPANJANG PADA TAHUN 1929.
*1957-1958 =DILANTIK SEBAGAI DEKAN DI UNIVERSITAS ISLAM, JAKARTA DAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH, PADANG PANJANG
*REKTOR PERGURUAN TINGGI ISLAM, JAKARTA DAN PROFESOR UNIVERSITAS MUSTOPO, JAKARTA
*1951-1960=PEGAWAI TINGGI AGAMA OLEH MENTERI AGAMA INDONESIA, TETAPI MELETAKKAN JAWATAN ITU KETIKA SUKARNO MENYURUHNYA MEMILIH ANTARA MENJADI PEGAWAI NEGERI ATAU BERGIAT DALAM POLITIK MAJLIS SYURA MUSLIMIN INDONESIA (MASYUMI).


HAMKA- DAKWAH


MULA BERGIAT AKTIF PADA 1925
•1928- MENGETUAI CAWANGAN MUHAMMADIYAH DI PADANG PANJANG.
•1929- MENUBUHKAN PUSAT LATIHAN PENDAKWAH MUHAMMADIYAH
•1931-MENJADI KONSUL MUHAMMADIYAH DI MAKASSAR
•1946- MENJADI KETUA MAJLIS PIMPINAN MUHAMMADIYAH DI SUMATERA BARAT OLEH KONFERENSI MUHAMMADIYAH, MENGGANTIKAN S.Y. SUTAN MANGKUTO
•1953-HAMKA DIPILIH SEBAGAI PENASIHAT PIMPINAN PUSAT MUHAMMADIAH


HAMKA -POLITIK


•BERMULA PADA TAHUN 1925 KETIKA BELIAU MENJADI ANGGOTA PARTI POLITIK SAREKAT ISLAM
•1945-BELIAU MEMBANTU MENENTANG USAHA KEMBALINYA PENJAJAH BELANDA KE INDONESIA MELALUI PIDATO DAN MENYERTAI KEGIATAN GERILYA DI DALAM HUTAN DI MEDAN.
•1947-HAMKA DIANGKAT MENJADI KETUA BARISAN PERTAHANAN NASIONAL, INDONESIA. BELIAU MENJADI AHLI MAJLIS TERTINGGI MASYUMI DAN MENJADI PEMIDATO UTAMA DALAM PILIHAN RAYA UMUM 1955.
•1960-MASYUMI KEMUDIANNYA DIHARAMKAN OLEH PEMERINTAH INDONESIA .
•1964 HINGGA 1966-HAMKA DIPENJARA OLEH PRESIDEN SUKARNO KERANA DITUDUH PRO-MALAYSIA


HAMKA- PENULISAN


•SEJAK 1920-an HAMKA MENJADI WARTAWAN BEBERAPA BUAH AKHBAR SEPERTI PELITA ANDALAS, SERUAN ISLAM, BINTANG ISLAM DAN SERUAN MUHAMMADIYAH. PADA TAHUN 1928, BELIAU MENJADI EDITOR MAJALAH KEMAJUAN MASYARAKAT. PADA TAHUN 1932, BELIAU MENJADI EDITOR DAN MENERBITKAN MAJALAH AL-MAHDI DI MAKASAR. HAMKA JUGA PERNAH MENJADI EDITOR MAJALAH PEDOMAN MASYARAKAT, PANJI MASYARAKAT DAN GEMA ISLAM.
•MULA MENULIS PADA TAHUN 1925 - KARYA PERTAMA “KHATIBUL UMMAH”, MANAKALA NOVEL PERTAMA IALAH “SI SABARIAH”.
•DIKATAKAN TELAH MENULIS SEBANYAK 118 KARYA SEPERTI NOVEL. CERPEN DAN SEBAGAINYA
•TAFSIR AL-AZHAR SEBANYAK 5 JILID MERUPAKAN KARYA TERBESAR BELIAU YANG MULA DITULIS SEMASA DI DALAM PENJARA


HAMKA-ANUGERAH

•HAMKA PERNAH MENERIMA BEBERAPA ANUGERAH PADA PERINGKAT NASIONAL DAN ANTARABANGSA SEPERTI :
•1958-ANUGERAH KEHORMATAN DOCTOR HONORIS CAUSA, UNIVERSITI AL-AZHAR
•1974-DOKTOR HONORIS CAUSA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,
• GELARAN DATUK INDONO DAN PENGERAN WIROGUNO DARI PEMERINTAH INDONESIA

HAMKA- KEPIMPINAN

•BERANI
•PETAH BERKATA-KATA
•FLEKSIBEL
•BERILMU
•MEMPUNYAI PENGARUH
•SUKA MENOLONG
•SEMANGAT JUANG YANG TINGGI
•RENDAH DIRI
•BERTANGGUNGJAWAB
•BERFIKIRAN TERBUKA

KATA-KATA HAMKA......


*KEGAGALAN MESTI BERTEMU, KEKECEWAAN
MESTI ADA! TETAPI KEGAGALAN DAN
KEKECEWAAN ITULAH KITA DAPAT MENGENAL
*DIMANA KEMAMPUAN KITA. KALAU SUDAH
BERKALI-KALI KITA TEMPUH SUATU JALAN,JATUH
JUGA, MENGELAKLAH KE JALAN YANG LAIN,
*TANDANYA ITU BUKAN PEKERJAAN KITA. MATA
PERJUANGAN BUKANLAH SATU SAHAJA! LEBIH BAIK KITA BESAR DI JALAN KITA SENDIRI!


AMIN.........

Sahabat Handai...(Ukhuwah Mahabbah)

Create your own banner at mybannermaker.com!